Umno kian kukuh, keahlian terus bertambah, kata Zahid


BAGAN DATUK: Umno kini kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu ketika awal parti itu menjadi sebahagian kerajaan perpaduan, kata presidennya, Zahid Hamidi.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, keahlian Umno bertambah kian bulan, selain tiada satupun daripada lebih 21,000 cawangannya dibubarkan setakat ini.
“Dari segi keahlian, ia semakin bertambah, biarpun kita lakukan pemutihan. Di Sabah misalnya, saya diberitahu umpamanya ada 2,500 sehingga 5,000 permohonan (sertai Umno) setiap bulan.
“Tiada satu pun cawangan (Umno) yang lebih 21,000 terbubar, malah setiap cawangan mesti ada pertambahan ahli,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk 2024, di Kompleks Umno Bagan Datuk.
Zahid berkata, sebagai parti yang telah wujud selama 78 tahun, Umno diyakini mampu menjadi parti utama semula, dengan sasaran peningkatan jumlah kerusi Parlimen pada PRU akan datang, berbanding 26 kerusi sekarang.
“Oleh kerana PRU akan berlaku tiga tahun setengah daripada sekarang, biarlah kita menyusun jentera parti dan memperkukuh penyatuan dalam kalangan ahli agar kekuatan Umno dapat dibina semula,” katanya.
Mengenai undi Melayu pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, bilangan undi Melayu ada peningkatan, sekali gus memperlihatkan kematangan golongan itu membuat pilihan.
“Pengundi telah matang, dan ada pertambahan pengundi Melayu,” katanya.
“Ini perkembangan yang baik, walaupun dimomokkan dengan sentimen UMDAP, namun mereka terima hakikat kerajaan perpaduan jauh lebih baik untuk kestabilan politik di negara ini.”
Mengenai kemungkinan PRK tujuh kerusi Bersatu melibatkan wakil rakyat yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Zahid berkata, perkara itu akan dibincang bersama pemimpin parti komponen kerajaan perpaduan, jika ia berlaku.
Katanya, kerusi asal enam Parlimen itu sebelum ini milik BN dan parti itu berhasrat untuk bertanding tersebut jika PRK menjadi kenyataan, namun akan turut dibincangkan kerajaan perpaduan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source