Pernah dengar karya The Tale of Genji? Karya ini yang ditulis pada abad ke-11, iaitu lebih 1000 tahun yang lalu, sering disebut sebagai novel pertama di dunia. Novel ini yang dibahagikan kepada 54 bab dengan menyelitkan sebanyak 800 puisi, dan setiap satu daripadanya memfokuskan pada watak dan peristiwa yang berbeza, semuanya berkaitan dengan kehidupan Genji. Dan, penulis kepada novel ini ialah Murasaki Shikibu, seorang wanita yang bekerja sebagai dayang di istana ketika itu.
Apa asal-usul Murasaki Shikibu ini?
Satu fakta menarik tentang Murasaki Shikibu ini adalah ahli sejarah percaya bahawa namanya ini hanyalah nama penanya sahaja, dan nama sebenarnya masih tidak diketahui hingga hari ini. Murasaki itu diambil daripada salah satu nama karakter novelnya, manakala Shikibu pula dipercayai merujuk kepada jawatan yang dipegang oleh bapanya dalam istana Jepun. Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang percaya bahawa nama sebenarnya ialah Fujiwara no Kaoriko, yang dikaitkan dengan catatan diari yang merujuk kepada seorang Dang Perwara istana.
Dia lahir dalam keluarga Fujiwara yang kurang berpengaruh. Ketika zaman remajanya, Murasaki menerima pendidikan menyeluruh, termasuk mempelajari bahasa Cina, yang kebiasaannya dipelajari oleh kaum lelaki. Dia berkahwin dengan Fujiwara Nobutaka, seorang saudara jauhnya yang jauh lebih tua, dan mempunyai seorang anak perempuan. Pada masa ini, Murasaki menjalani kehidupannya dengan tenang, kerana mempunyai banyak masa untuk membaca serta menulis puisi, iaitu aktiviti kegemarannya. Dua tahun selepas perkahwinannya, suaminya meninggal kerana kolera.
Bakatnya dalam bidang sastera mula diketahui apabila dia dijemput menjadi Dang Perwara (lady in waiting) untuk Permaisuri Shōshi. Ketika itu, Murasaki telah menjadi janda setelah dua tahun berkahwin. Dan, inilah permulaan dia menulis karya agungnya.
Namun, kehidupannya di istana itu tidak begitu menggembirakan Murasaki. Dia banyak menulis puisi menyimpan diari yang mendedahkan wataknya serta rasa tidak bahagianya dengan kehidupan di istana.
Bab-bab awal novel The Tale of Genji ini dipercayai telah mula ditulis oleh Murasaki ketika suaminya masih hidup, atau ketika dia bersedih setelah kematian suaminya. Dan sambungan bab novel ini telah ditulis ketika dia berada di istana untuk berkhidmat kepada Permaisuri Shaoshi.
Reputasi dan pengaruh Murasaki telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan bahasa Jepun menjadi bahasa bertulis. Karya-karyanya telah menjadi bahan bacaan di istana selepas itu, malah menjadi bahan kajian sarjana. Dalam satu abad selepas kematiannya, dia dipandang tinggi sebagai seorang penulis klasik yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source