Dalam budaya Cina ni, kebanyakan teks mitologi mereka banyak dikaitkan dengan perlambangan wanita, iaitu wanita ni banyak digambarkan sebagai jelmaan kepada makhluk ghaib seperti hantu dan semangat. Salah satu mitologi yang terkenal dalam masyarakat Cina ini ialah semangat atau roh rubah (fox spirit) atu dikenali juga sebagai hulijing. Sebelum itu, kita kena tahu, yang fox spirit ini adalah berbeza sama sekali dengan rubah berekor sembilan (nine tailed fox), seperti yang selalu kita dengar dalam mitologi Korea.
Rubah dalam budaya Cina telah digambarkan dengan pelbagai makna serta simbolik yang berbeza. Jika kita sorot pada zaman Dinasti Zhou, rubah ini adalah simbol kepada sebuah kerajaan yang hebat dan bijak, iaitu apabila seseorang pemerintah itu berjaya memburu dan menangkap rubah, ini bermakna tuhan telah bersetuju dengan takdirnya sebagai pemerintah dinasti itu. Amalan tangkap rubah ini sebagai lambang kejayaan dan kemakmuran ini berterusan, sehinggalah Dinasti Tang. Maharaja Taizong sendiri menggunakan rubah untuk mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap pemerintahannya.
Walaupun dari aspek pemerintahan dinasti, rubah dianggap sebagai haiwan pembawa tuah, namun dalam kehidupan sosial masyarakatnya pula, rubah ini memberi simbolik yang jauh berbeza. Rubah dikatakan mampu memperdayakan manusia, membuatkan manusia hilang akal serta mengawal fikiran manusia.
Bagi mitologi hulijing atau semangat rubah ini, ia dikatakan sebagai rubah yang mempunyai kuasa magis, yang boleh mengubah dirinya jadi manusia atau merasuk manusia. Fox spirit ini tak semestinya jahat, iaitu ia bergantung kepada bagaimana karakter peribadinya. Sebab itulah kebanyakannya digambarkan dengan jelmaan wanita Cina yang cantik. Sifatnya pula bergantung kepada bagaimana wanita itu membawa dirinya, sama ada secara terhormat atau memalukan.
Kenapa budaya Cina kaitkan fox spirit ini dengan jelmaan wanita cantik?
Ini kerana, dalam masyarakat Cina sendiri, mereka percaya bahawa kecantikan wanita ini ada kaitan dengan bencana, seperti mana mitos rubah yang dianggap membawa malapetaka. Namun, dalam banyak kajian mitologi, penyelidik percaya bahawa ketakutan masyarakat Cina purba terhadap rubah serta semangat rubah ini ada kaitan dengan isu identiti di China.
Pada era Dinasti Tang, istilah hu (orang tak bertamadun) telah diberi oleh masyarakat bagi orang-orang asing yang datang ke China. Kebanyakannya adalah mereka yang datang berdagang serta mencari kerja, dan masyarakat Cina berasa terancam dengan kehadiran mereka.
Walau apa pun, rubah serta jelmaan semangat rubah ini masih lagi menjadi mitologi yang popular dalam budaya Cina sehingga ke hari ini. Malah, ia juga banyak divisualkan dalam karya pop seperti drama dan permainan video.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source