Pemuda dituduh bunuh kekasih hamil dibenar buat pemeriksaan mental


KLANG: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan seorang pemuda yang dituduh membunuh kekasihnya yang hamil tahun lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.
Kebenaran itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub selepas mendengar permohonan peguam bela tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21.
Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata, sebelum ini pihaknya mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Sept 2023, namun ditolak.
“Majistret ketika itu berpandangan bahawa ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya untuk didengar dan diputuskan.
“Permohonan merujuk anak guam saya kepada pakar psikiatri bagi pemantauan lanjut itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Rosnee Mohd Radzuan tidak membuat sebarang bantahan berhubung permohonan yang dibuat pihak pembelaan menerusi prosiding sebutan kes itu.
Hirman kemudian menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri dan dokumen lain.
Mahkamah Majistret Sungai Besar pada 21 Mac lepas, memerintahkan kes Fakrul Aiman yang didakwa membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau di Sungai Besar, Sabak Bernam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang.
Pada 1 Jun tahun lepas, Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source