Kes pemalsuan dokumen di Perlis: SPRM tunggu keputusan timbalan pendakwa raya


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu keputusan timbalan pendakwa raya, berhubung kes pemalsuan dokumen menjurus kepada tuntutan palsu, yang menyaksikan anak menteri besar Perlis ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki, berkata kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
“Sekarang kita tunggu keputusan timbalan pendakwa raya pada minggu depan,” katanya.
Dalam pada itu, sumber dipetik Malaysiakini berkata, SPRM mencadangkan sekurang-kurangnya seorang suspek didakwa atas pertuduhan jenayah, bagaimanapun Azam dilapor enggan mengulas pertanyaan berkait identiti individu itu.
Anak lelaki Shukri Ramli dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April lalu bersama empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000.
Mereka ditahan dalam siasatan ke atas dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga kini, yang menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja tidak dilaksanakan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source