PMX cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’


PETALING JAYA: Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai pasangan suami isteri tular menaiki motosikal bersama anak kecil tampil memberi maklumat.
Beliau memaklumkan perkara tersebut telah mendapat perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berhasrat membantu keluarga berkenaan.
“Mohon sesiapa yang mempunyai info dan maklumat tentang keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.
“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambahbaik kehidupan seharian mereka,” katanya di Facebook.
Dalam sekeping gambar itu, kelihatan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah kesihatan apabila memakai tiub yang disambungkan dari beg galas ibunya.
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berkongsi maklumat mengenai pasangan berkenaan yang didakwa berasal dari Kuala Kedah, Kedah dan suaminya adalah seorang nelayan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source