Soal perbelanjaan barangan dapur sangat memerlukan perancangan yang teliti. Lebih-lebih lagi sekiranya memiliki keluarga yang besar. Maka, sangat penting untuk membuat bajet sebaik mungkin, termasuk bajet membeli stok makanan basah untuk dimasak hari-hari. Kali ini RASA susun menu anda untuk seminggu. Anda tetap boleh menikmati hidangan berasaskan ayam, daging dan ikan
AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam |bubuh garam/kunyit dan goreng
1 biji bawang besar | potong wedges
3 ulas bawang putih |kisar
6 ulas bawang merah | kisar
5cm halia | kisar
2 helai daun bay
1/2 biji cili benggala
4 sudu makan kicap
Sedikit cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Masukkan cuka, kicap dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili benggala.
- Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging |hiris
3 ulas bawang putih | kisar
5 ulas bawang merah |kisar
5cm halia | hiris keping
2 sudu sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit cuka
Sedikit air
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan sedikit air.
- Masukkan cuka, gula, sos tiram.
- Akhir sekali masukkan daun bawang.
Info chef: Resipi ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram sudah masin.
IKAN KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih | kisar
6 ulas bawang merah |kisar
8 sudu cili kering kisar
2.5cm kunyit hidup | kisar
1 tangkai daun kari
2.5cm halia kisar
1 sudu kecil ketumbar |sangai dan kisar
1 sudu kecil jintan manis |sangai dan kisar
1 sudu kecil jintan putih |sangai dan kisar
1 sudu lada hitam – sangai dan kisar
5cm kelapa keping bakar
5 batang kacang bendi
2 biji tomato |belah empat
750ml air
Asam jawa dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar termasuk kelapa bakar sehingga naik bau Masukkan cili. Apabila cili sudah garing, masukkan 250ml air.
2. Masukkan ikan. Biar mendidih sebentar.
3. Kemudian masukkan perahan asam jawa bersama 500ml air tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa Akhir sekali masukkan sayur bendi dan tomato bulat.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Kelapa bakar itu perlu dibakar hingga hangus. Kemudian kikis bahagian yang hangus dan ambil isi tengah. Kemudian kisar.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup |separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai |titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan |racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kengsom adalah masakan popular di negara Thailand.
Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai (dititik)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih.
- Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
- Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidangdengan nasi putih.
INFO CHEF: Ikan patin juga sesuai dimasak dengan resipi ini.
Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.
Daging Goreng Cendawan Campak-Campak, Sedapnya Menu Berbuka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source