Seakan sudah sebati dalam diri anak kita menggonggong botol susu dan puting setiap masa. Namun hal ini rupanya kurang digalakkan kepada anak kita yang sedang membesar, lebih-lebih lagi yang sedang melalui fasa untuk bercakap. Mengapa?
Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa, tabiat menggonggong botol susu dan puting jika dilakukan secara keterlaluan akan sedikit sebanyak memberikan kesan samaada positif atau negatif.
Sebenarnya, tiada jawapan yang jelas mengenai permasalahan ini. Tapi secara asasnya, pembelajaran bahasa terjadi melalui pemerhatian dan pembelajaran kanak-kanak dari sekeliling.
Dan seterusnya mereka akan belajar untuk menggunakan organ-organ mulut untuk belajar menyebut bunyi-bunyi pertuturan. Kesemua pembelajaran tersebut memerlukan latihan untuk membolehkan kanak-kanak boleh melakukannya dengan baik.
Sebabkan Dua Masalah
Menggonggong botol susu dan puting secara berterusan biasanya dikaitkan dengan dua masalah ini:
1. Masalah jangkitan pada telinga
2. Masalah pada struktur rahang dan gigi kanak-kanak seperti ‘open bite’ dan kerosakan gigi
Rajah : Open bite
Secara asasnya untuk bercakap kanak-kanak perlu memahami bahasa terlebih dahulu yang mana proses ini berlaku di otak hasil dari apa yang mereka dengar dan lihat.
Seterusnya untuk menyebut pula mereka perlukan struktur dan fungsi yang baik bagi organ pertuturan. Sekiranya salah satu terganggu semasa proses berlaku, akan wujudlah gangguan pada pembelajaran untuk kanak-kanak bercakap.
Jika kita lihat pada kedua masalah tersebut, memang ada faktor penyumbang yang membawa kepada masalah kelewatan bahasa dan pertuturan.
Masalah jangkitan pada telinga boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat masalah pendengaran yang mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa mereka. Jika mereka tidak mendengar dengan baik, bagaimana mereka boleh memahami perkataan dan menyebut dengan baik kerana asas untuk belajar bercakap adalah faham dan tiru sebutan orang dewasa terlebih dahulu.
Masalah Struktur Sebabkan Pelat
Seterusnya adalah masalah pada struktur mulut, rahang dan gigi juga boleh memberi kesan pada sebutan kanak-kanak yang mana ianya boleh membawa kepada masalah pelat. Untuk bercakap dan menyebut bunyi, setiap organ pertuturan perlu diletakkan pada kedudukan yang betul.
Kedudukan yang salah akan menyebabkan bunyi yang salah juga dihasilkan. Untuk menghasilkan bunyi yang betul, kanak-kanak perlu berlatih menggunakannya secara berterusan semasa usia 6 bulan lagi.
Walaupun ada kajian-kajian yang dilakukan, tetapi tiada keputusan yang mengatakan dan mengaitkan secara terus bahawa tabiat menggonggong botol susu dan puting secara berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap.
Sebaiknya kurangkan penggunaan botol dan puting pada usia 18 bulan ke usia 2 tahun kerana pada usia ini pembelajaran bahasa dan perkembangan struktur mulut berkembang dengan sangat pesat.
Pada usia 18 bulan kanak-kanak sudah boleh diajar menggunakan cawan ataupun straw untuk minum.
Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah, tak semua kanak-kanak yang ada tabiat ini akan lambat bercakap. Akan tetapi risiko mereka untuk mendapat masalah lambat bercakap adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tiada tabiat ini. Mencegah lebih baik dari merawat.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source