1 kematian baharu rabies di Sarawak


KUCHING: Satu kes kematian baharu akibat wabak rabies dilaporkan di Hospital Umum Sarawak pada 5 Jun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata, ini menjadikan kumulatif 79 kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak, dengan 72 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada Julai 2017.
“Daripada 79 kes ini, empat kes dikesan tahun ini dan semua mangsa meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan rabies,” katanya dalam kenyataan.
Daripada empat kes itu, beliau berkata, satu kes mendapat jangkitan melalui gigitan anjing liar, manakala tiga lagi kes mendapat jangkitan melalui haiwan peliharaan sendiri.
Menurutnya, semua haiwan peliharaan itu tidak menerima vaksinasi anti-rabies serta bebas bercampur haiwan liar.
“Antara tiga kes yang terdedah kepada haiwan peliharaan sendiri, semuanya memelihara kucing, manakala salah satu kes turut membela anjing di rumah.”
Veronica berkata, semua kes juga tidak mendapatkan rawatan atau menerima vaksinasi anti-rabies di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit atau dicakar haiwan.
Sejak 2017 hingga Minggu Epid (ME) ke-22 tahun ini (26 Mei hingga 1 Jun 2024), katanya, terdapat 56,023 kes gigitan anjing, 47,258 kes gigitan atau cakaran kucing dan 1,577 gigitan haiwan lain dilaporkan.
“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin mengingatkan orang ramai bahawa manusia boleh mendapat jangkitan rabies bukan saja melalui anjing, tetapi juga kucing yang dijangkiti rabies.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source