Meriah majlis resepsi! Rakan pelbagai kaum raikan pasangan pengantin Melayu

Meriah majlis resepsi pasangan pengantin Melayu!
Tular di media sosial memaparkan kemeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baru diraikan oleh rakan-rakan terdiri daripada pelbagai kaum sehingga mencuri perhatian warganet.
Meriah majlis resepsi
Menerusi video tular dikongsikan rakan pengantin, dilihat pasangan merpati dua sejoli itu diraikan dengan budaya bangsa Melayu, Cina dan India dalam sebuah majlis.
Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin yang memakai jambangan bunga disambut dengan persembahan silat dan diikuti dengan tarian singa sebelum melangkah memasuki ke dewan majlis sehingga ke pelamin.
Pasangan itu juga diraikan dengan alat muzik budaya India dan diikuti dengan tarian oleh rakan-rakan termasuk pengantin lelaki.
“Meraikan hari kebahagiaan sahabat.
“Selamat pengantin baru King Husaini. Semoga masjid dibina kekal hingga ke jannah,”tulisnya ringkas.
@fxdhilrhmn__ Meraikan Hari Kebahagian Sahabat✊🏻..Selamat Pengantin Baru King Husaini..Semoga Masjid dibina kekal hingga jannah🤲🏻 #KINGEMPIRE#foryoupageofficiall #1millionaudition #1malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypage #fypppppppppppppp #fypシ #fy #madanihbos #masukberanda
@mizieayu8788 Tahniah King Dan Pasangan Semoga Kekal Hingga Ke Syurga Allah..Selamat Pengantin Baru.. #BudakBecaMelakaKahwin #KiraJadiNi #MantapBudakBeca #KorangMemangOpenHabis #AbgBecaMelaka #TaatPadaYangSatu #jarangxmerecikhawauu #1MalaysiaBro #fyp #fypシ゚viral #fypage
Artikel lain: Batal majlis kahwin 31 Mei, Siti Jamumall didakwa nikah lelaki lain di Thailand
Meriah betul! Raikan sahabat kahwin
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka tumpang gembira melihat kemeriahan majlis tersebut, lebih-lebih lagi pelbagai kaum ada bersama bagi meraikan hari bahagia sahabat mereka.
Kepelbagaian budaya dan adat yang terdapat di Malaysia inilah, yang membuatkan negara ini berbeza dan istimewa berbanding negara-negara lain.
Oleh demikian, rakyat sepatutnya berbangga dengan kepelbagaian budaya dan adat ini serta terus memiliharanya agar keharmoniannya terus terbela.
Sumber: TikTok @fxdhilrhmn__
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source