Terkenal dengan lakonan macho dan aksi, Dato’ Aaron Aziz seakan lama menyepi dari persada seni. Beliau lebih senang mempertahankan jenamanya dan sibuk dengan agenda harian. Terkini beraksi dalam drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa. Turut menyerikan program Rasa Nostalgia Ramadan, Dato’Chef Wan telah mengundang beliau untuk program tersebut.
Sempat juga Chef Wan bergurau dengan Aaron sewaktu sesi temubual bersama. Tidaklah serius seperti yang disangka. Berbual dengan selebriti ini ada juga kenakalan yang dilakukan ketika waktu Ramadan. “Saya masih ingat masa puasa zaman sekolah dulu , makcik kantin dikira subahat beritahu mereka yang tidak puasa boleh makan ayam rendam dengan sambal,” cerita Aaron ketawa.
Kalau di rumah emak pasti ada rendang yang memang tiada tandingan sedapnya , serunding dan lontong. Akui Aaron bila sudah berkahwin, di bulan Ramadan dia tidak cerewet. “Apa isteri masak atau beli, saya makan. Ketika berbuka saya sukakan sesuatu yang light, kurma dan teh tarik wajib ada. Biasanya semasa berbuka memang tidak boleh makan banyak. Selepas terawih, barulah selera itu datang semula.
Aaron juga menggemari Sup Ekor. Chef Wan berkongsi dengan resipi sup ekor istimewanya, olahan sup yang pekat, berempah dan menyelerakan. Ia enak dimakan bersama nasi putih atau roti dan sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa.
Bubur Pulut Hitam menjadi kesukaan Aaron. Sesuailah sangat dihidangkan masa berbuka nanti. Sebenarnya, mudah saja nak buat bubur pulut hitam ini, bahan asas yangperlu ada adalah santan yang menjadi penyedap untuk bubur ini. Bubur pulut hitam lazimnya disajikan panas dengan santan dituang pada bahagian atasnya.
DATO’ AARON AZIZ
SUP EKOR
BAHAN-BAHAN:
500gm ekor lembu | potong ikut saiz mudah makan
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan pes tomato
1.5 liter air
1 batang lobak merah | dikupas dan potong dadu
1 biji kentang | dikupas dan potong dadu
2 batang seleri | dipotong dadu
Daun ketumbar | dicincang
Bawang Holland
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Minyak sapi
3 cawan air masak
Kacang tanah
Lada putih
Sedikti hirisan daun bawang
Bawang goreng
Rempah ratus:
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Bahan kisar ( pes)
10 biji bawang merah | dikupas
4 ulas bawang putih | dikupas
2 batang serai, dihiris halus
1cm halia | dikupas
Bahan Pes Rempah:
10 biji bawang merah | kupas kulit
4 ulas bawang putih | kupas kulit
2 batang serai | hiris nipis
1sm halia | kupas kulit
Bahan untuk menyalut ekor lembu:
Lada hitam
Sedikit garam
Sedikit tepung
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan sedikit minyak sapi ke dalam periuk.
2.Masukkan ekor-ekor lembu yang sudah disalut dengan tepung dan goreng.
- Dalam periuk yang sama, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Goreng seketika.
- Masukkan bawang Holland, bawang merah dan bahan kisaran . Tumis hingga naik bau.Boleh tambahkan minyak masak jika perlu.
- Masukkan daun ketumbar, jintan kasar, jintan halus dan goreng untuk seketika.
- Kemudian masukkan sedikit kacang tanah, lada putih dan air masak.
- Daun seleri yang telah dihiris, lobak merah dan kentang yang sudah dipotong boleh dimasukkan dan gaul untuk seketika.
- Masukkan 2 sudu besar pes tomato, bawang goreng, daun ketumbar dan daun bawang yang telah dihiris.
9.Biarkan mendidih selama 1 jam 30 minit dan tambahkan air masak dari semasa ke semasa.
- Selesai mendidih dan daging menjadi empuk, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air | untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat)
2 helai daun pandan | carik dan simpul
3/4 cawan gula pasir
1/2 ketul gula melaka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut dua hingga tiga jam.
- Masukkan pulut yang sudah direbus ke dalam periuk dan masukkan santan pekat.
3.Masukkan gula melaka dan sedikit gula pasir secukupnya.
- Masukkan daun pandan dan sedikit garam
- Gaul seketika dan boleh dihidangkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source