Kekosongan DUN Neggiri bukti Bersatu ikut undang-undang, kata Muhyiddin


PETALING JAYA: Pengumuman Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan kerusi DUN Nenggiri, yang disandang Azizi Abu Naim, membuktikan pindaan perlembagaan Bersatu mengikut lunas undang-undang, kata Muhyiddin Yassin.
Seterusnya, kata presiden Bersatu itu, parti itu bersama rakan komponennya dalam Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi PRK untuk merebut kerusi itu.
“Kekosongan ini berlaku susulan notis yang dihantar oleh Bersatu kepada speaker DUN Kelantan berhubung terhentinya keahlian Adun Nenggiri daripada Bersatu serta-merta kerana melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu,” kata Muhyiddin, yang juga pengerusi PN, dalam kenyataan.
“Keputusan speaker DUN Kelantan ini selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN yang wakil rakyatnya terhenti keahlian parti secara serta-merta.”
Terdahulu, Amar mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Nenggiri mulai hari ini selepas menerima notis bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Azizi pada 13 Jun, dan Bersatu pada 12 Jun lepas memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu dan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi itu.
Bagaimanapun, Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau akan membawa keputusan speaker DUN Kelantan itu ke mahkamah.
Azizi antara enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang terlucut keahlian parti kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar terdiri daripada Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan terhadap Amirudin.
Semuanya gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source