Pindaan Perlembagaan berkait Orang Asli dijangka dibentang 2027


PETALING JAYA: Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepentingan masyarakat Orang Asli dijangka dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada 2027.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor berkata, proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan NGO yang giat dijalankan setakat ini membuahkan maklum balas positif.
Katanya, libat urus pindaan Perlembagaan berhubung kepentingan masyarakat Orang Asli setakat ini dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak dan Kedah.
“Selepas selesai semua libat urus, perkara ini akan dibawa kepada perdana menteri dan seterusnya, paling lewat (dibentangkan di Parlimen) sebelum penggal ke-15 ini tamat,” katanya, lapor Bernama
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Perdana Batin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) serta Penyerahan Inisiatif Geran JPKKOA Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, pindaan Perlembagaan itu akan melibatkan dua perkara.
“Dalam pindaan ini dicadangkan tanggungjawab menjaga Orang Asli diletakkan dalam jadual bersama, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri kena jaga, sebab banyak isu seperti tanah, perhutanan dan kebajikan.
“Kita juga lihat Perkara 153, iaitu kepentingan masyarakat dan bumiputera Sabah dan Sarawak namun tidak dimasukkan Orang Asli, jadi saya cadangkan untuk pindaan ini,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source