Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.
Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
- 1 besar bawang merah | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh teh jintan manis
- 1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukupnya
- Lada hitam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Ala pengedil kekacang
Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah
Anggaran kos :RM 10
Info Chef : Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
- 450 gm kacang kuda
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji jus lemon.
- 1 sudu teh jintan putih.
- 3 sudu makan tahini.
- 3 sudu makan minyak zaitun.
- 1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Sedikit herba dill
- 1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR
BAHAN-BAHAN :
- 350 gm cous cous
- 1 biji bawang holland | dicincang
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang terung | dipotong dadu
- 1 tin kacang pis
- 1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 1 tangkai herba segar thymes
- 1/2 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- 300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info Chef : Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 keping roti pizza
- 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
- 10 gm bijan
- 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
- 1 biji tomato | dipotong bulat
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source