Nak biskut tambah rangup, tambah aje kekacang dan bijian. Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Hiasan kekacang dan biji-bijian bukan sahaja menambah tarikan tetapi juga rasa lemak yang sungguh sedap.
Jom kita semak lima biskut raya yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini. Tak payah tunggu raya buat kudapan masa tengok rancangan tv pun syok juga nih…
1.CHERRY SUN FLOWER SEEDS
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 350 gm gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung kentang | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
- 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
- Ceri hijau dan merah
- Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
4. Adun hingga menjadi doh
5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
2. APRICOT SHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 50 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum | diayak
- 100gm apricot kering | dipotong kecil
- 100 gm serbuk badam
- Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
- Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
2 .Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
3. Adunkan supaya menjadi doh.
4. Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
6. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
3.PEANUT BUTTER TART ALMOND
BAHAN – BAHAN:
- 250 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 350gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 100 gm mentega kacang
- 50 gm badam hiris
- 50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
- Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
5. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
4.SUGEE ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 120 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum
- 1 sudu teh perisa pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
50 gm hirisan badam
100 biji labu hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan Anggaran kos : RM 45
INFO : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
5. GREEN MINT COOKIES WITH PUMPKIN SEEDS
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 1 biji telur
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 10 ml perisa pudina
- 10 ml pewarna hijau
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
- Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
- 120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
Terima kasih :
Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
2. APRICOT SHIP COOKIES
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source