Bila bercerita tentang webtoon, pasti ramai yang tahu dan suka membacanya. Saya sendiri pun suka membaca webtoon. Tapi, kalian tahu tak sejarah di sebalik penubuhan syarikat komik digital ini serta apa faktor kejayaan mereka? Ini adalah kisah tentang kejayaan jenama Naver Webtoon yang membentuk satu budaya baharu dalam kalangan anak muda, bukan sahaja di Korea, malah di seluruh dunia.
Sebagai pengenalan, bagi yang tak tahu tentang webtoon ini, ia sebenarnya adalah sejenis komik digital yang turut dikenali sebagai webcomics (komik web). Korea Selatan bukanlah satu-satunya negara yang menghasilkan komik web ini, tetapi ia ialah negara pertama yang mencipta format manhwa (komik bercetak Korea, iaitu seperti manga) dalam bentuk baharu dengan memasukkan ciri-ciri utama teknologi digital dalam penghasilannya.
Webtoon ini bolehlah dianggap sebagai suatu kebangkitan baharu bagi gelombang Hallyu selepas Korea memperkenalkan K-pop dan K-drama kepada seluruh dunia. Apa yang menariknya, webtoon juga mempunyai ciri yang sama seperti K-pop dan K-drama, iaitu satu formula imbangan (hibrid) antara faktor global bersama ciri-ciri tempatan budaya Korea.
Di Korea, Webtoon (yang dieja sebagai WEBTOON) ialah penerbit dalam talian yang dilancarkan oleh Naver Corporation pada tahun 2004. Pada awalnya, ia dikenali sebagai LINE Webtoon yang diasaskan oleh Kim Jun Koo pada 2004 ini, selepas dia menyaksikan kejatuhan industri manhwa pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.
Kim, yang membesar dengan membaca manga Jepun dan komik superhero Korea, mencari jalan untuk menghasilkan komik baharu kerana dia mendapati sangat sedikit komik baharu yang keluar. Kim melihat potensi komik digital yang boleh ditatal melalui website kerana pengguna sudah biasa menatal melalui laman web.
Disebabkan susun atur komik baharu ini agak luar biasa, Kim pada mulanya mengalami kesukaran mencari artis/pelukis untuk mencipta webtoon bagi perkhidmatan yang mahu dijalankannya. Namun, usahanya tetap berjaya apabila beberapa pelukis komik amatur mula menghasilkan karya masing-masing.
Platform ini telah dilancarkan buat pertama kalinya sebagai Naver Webtoon dan kemudian secara global sebagai LINE Webtoon pada Julai 2014, kerana jenama Naver tidak terkenal di luar Korea dan beberapa perkhidmatannya juga tidak tersedia di luar negara.
Pada tahun 2016, Naver Webtoon ini memasuki pasaran Jepun sebagai XOY dan pasaran China sebagai Dongman Manhua. Pada 18 Disember 2018, Naver menutup XOY di Jepun dan memindahkan semua webtoon terjemahan dan aslinya ke LINE Manga, perkhidmatan manganya yang menawarkan manga berlesen.
Pada tahun 2019, LINE Webtoon telah ditukar kepada WEBTOON dalam versi Inggeris. Malah, versi Sepanyol dan Perancis juga telah dilancarkan. Pada tahun 2020, WEBTOON dipindahkan kepada Naver Webtoon Corp. Pada November 2020 WEBTOON menubuhkan anak syarikat baharu yang dipanggil WEBTOON Studios yang bertujuan untuk melesenkan hakmilik kandungan berbahasa Inggeris mereka. Pada Jun 2021, Wattpad dan WEBTOON mengumumkan bahawa mereka akan menggabungkan bahagian studio mereka untuk mewujudkan Wattpad WEBTOON Studios.
Seperti mana K-drama dan K-pop yang terlebih dahulu menjadi kegilaan seluruh dunia, webtoon kini perlahan-lahan mengorak langkah menjadi kuasa lunak (soft power) baharu dalam menawan masyarakat antarabangsa. Jumlah pengguna webtoon berkembang pesat selepas perkhidmatan itu dikeluarkan secara global, dengan 10 juta orang membaca di platform setiap hari dan 35 juta orang setiap bulan. Di Asia, beberapa webtoon menerima 5 juta tontonan setiap minggu.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source