“Wahai tikar pandan terbang, bawalah kami ke negara Pasir Berdengung. Zam zam alakazam!”
Bila terbangnya ketiga-tiga Do Re Mi di atas tikar terbang, mereka menyanyikan sebuah lagu yang liriknya menggunakan Bahasa Jepun.
“Miyo Toukai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagaya ke ba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to,
Kibou wa odoru Ōyashima.”
Sebenarnya ni lagu apa? Dari mana asalnya lagu ni?
Asalnya, inilah lagu patriotik Jepun. Tajuk asalnya ialah Aikoku Kōshinkyoku yang bermaksud Perarakan Patriotik. Cerita pasal lagu ni jauh sebelum Perang Dunia Kedua lagi.
Ketika berlangsungnya Perang China-Jepun Kedua, Kabinet Jepun menganjurkan beberapa pertandingan untuk buat lirik Aikoku Kōshinkyoku pada bulan September 1937.
Sebanyak 57,578 penyertaan lirik diterima, dan lirik ciptaan Yukio Morikawa dipilih sebagai pemenang.
Bagi muziknya pula, 9,555 penyertaan diterima untuk mengiringi lirik tersebut, dan Tōkichi Setoguchi diumumkan sebagai pemenang.
Setoguchi sebelum ni memang dah terkenal sebagai komposer yang telah menulis Gunkan kōshinkyoku yang menjadi lagu rasmi perarakan Tentera Laut Imperial.
Beberapa hari selepas dilancarkan, Aikoku Kōshinkyoku terjual sebanyak 100 ribu salinan dari enam label. Ia terjual lebih sejuta salinan menjelang tahun 1938.
Dan ketika Perang Dunia Kedua, lagu inilah yang diajar di seluruh sekolah wilayah jajahan Jepun termasuklah Tanah Melayu.
Cuba tanya datuk nenek anda yang pernah hidup zaman Jepun, mesti mereka tahu lagu ini sememangnya diajar secara meluas untuk tujuan menyanjung empayar Jepun.
Dan P. Ramlee juga tidak terkecuali untuk melalui zaman ini, beliau pernah belajar di Japanese Navy Academy (Kaigun Gaiko) dari tahun 1942 hingga 1944, bangunan sekolah tersebut yang terletak di Pulau Pinang masih wujud sehingga kini.
Di sekolah ini, P. Ramlee belajar muzik daripada seorang tentera Jepun bernama Hirake San. Pengalaman itu membuatkan beliau sangat peka terhadap muzik dan membolehkannya mempelajari lagu-lagu Jepun yang popular. Itu yang dia kenal Aikoku Kōshinkyoku tu.
Beberapa tahun sebelum pembikinan Laxmana Do Re Mi, P.Ramlee pernah mengikuti kursus Bahasa Jepun yang ditaja oleh Kedutaan Jepun di Malaysia bermula Mei hingga Oktober 1968.
Ilmu itu tidak dibazirkan begitu sahaja. Ia dikongsi dan diajarkan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Semasa P.Ramlee menetap di Setapak, beliau ke sekolah tersebut untuk mengajar bahasa Jepun secara percuma.
Jadi, tak peliklah macam mana lagu dalam filem Laxmana Do Re Mi ni diinspirasikan daripada lagu yang pernah dinyanyikan ketika Jepun menjajah Tanah Melayu.
“Ehh apa daa sarawaden kete?”
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source