Tahun lalu, “Barbie” ditayangkan serentak dengan Oppenheimer mungkin menjadi filem yang selamat daripada kerumitan politik antarabangsa yang memeningkan.
Tapi, filem ni diharamkan di Vietnam disebabkan ada babak yang memaparkan peta Laut China Selatan.
Apa kaitan Barbie dengan Laut China Selatan pulak ni?
Warner Bros cuba pertahankan filemnya dan kata peta tu tak lebih daripada “lukisan krayon kanak-kanak” dan langsung tak memainkan isu politik.
Dah kenapa Vietnam haramkan jugak?
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam membatalkan lesen penayangan filem Barbie kerana ia mengandungi imej yang kurang senang melibatkan “Nine-Dash Line.”
“Nine-Dash Line” ni apa sebenarnya?
“Nine-Dash Line” ni ialah wilayah yang dituntut oleh China yang sangat luas ke atas hampir 80% Laut China Selatan. Kawasan Sembilan garis putus-putus ni dah ditolak tuntutannya oleh undang-undang antarabangsa.
Laut China Selatan ialah laluan perdagangan yang penuh dengan rizab minyak dan gas yang sangat banyak. Dan dalam beberapa tahun lepas, laut ni dah jadi punca peningkatan ketegangan antara Washington dan Beijing.
China kata diorang dah jalankan bidang kuasa ke atas pulau-pulau, terumbu dan perairan yang berkaitan di Laut China Selatan selama beribu-ribu tahun.
Masalahnya ni bukan hak China sorang je, ni juga hak negara jirannya yang berkongsi laut yang sama iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam.
Tuntutan sembilan garisan putus-putus China ni dah ditolak di tribunal Hague pada 2016. Malah kebanyakan pakar Barat kata tuntutan ni tak berasas dalam undang-undang antarabangsa.
Dalam filem Barbie tu, Margot Robbie yang memegang watak “Barbie” berdiri di hadapan peta kartun.
Terdapat lapan garisan putus-putus yang berhampiran China dalam peta tu, tetapi tiada jiran lain ditunjukkan.
Isu ni sebenarnya sangat penting bagi Vietnam sebab China pada awalnya nak selesaikan isu ni tanpa konflik tetapi hanyalah indah khabar dari rupa.
China pula pergi kembangkan wilayah mereka di atas beberapa terumbu karang atas laut dengan menebus tanah dan membina pangkalan untuk kegunaan tentera mereka.
Selain tu, China juga dituduh mengganggu kapal nelayan dari Vietnam dan negara lain serta pesawat dan kapal Amerika yang menjadi polis perairan antarabangsa.
China kata tindakan mereka hanya untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan maritimnya daripada pesawat dan kapal perang Amerika serta sekutunya yang mengancam keselamatan negaranya.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source