Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dua beradik kritikal selepas termakan keropok beracun. Namun salah seorang daripada mangsa, dilaporkan meninggal dunia pagi ini sekitar jam 8.40 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Gara-gara Cendawan, 9 Sekeluarga Nyaris Maut. Kenali 5 Jenis Cendawan Liar Beracun
Mangsa, Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi oleh pihak media. Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.
Berikut kronologi dikongsikan ahli keluarga mangsa:
- Muhammad Akil dan Muhammad Luth mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun terletak 50 meter dari rumah.
2. Nenek mangsa, Saadiah Yaacob, 62 berkata, beliau kemudian ternampak kedua-dua anak kecil itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.
3. Saadiah bagaimanapun keluar dan pergi ke kebun getah berhampiran meninggalkan dua beradik itu bersama ibu mereka.
4. Nenek itu kemudian ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah dan jirannya memberitahu dua cucunya dibawa ke klinik kerana muntah dan mulut berbuih.
“Cucu saya balik sambil bawa keropok di tangan dalam keadaan riang. Masa tu saya nampak mereka tak makan lagi sebab sampai rumah baru mereka buka. Mereka terus ke dalam bilik ibu mereka. Saya diberitahu, selepas makan, tiba-tiba kedua-dua mereka menggelupur sambil muntah dan mulut berbuih.” – Nenek
5. Datuk, Muhammad Nazar tidak menyangka perkara itu berlaku kerana kedua-dua cucunya memang rapat dengannya dan sering mengikutnya mencari lembu.
6. Dalam kejadian itu, beliau sudah menyuruh dua cucunya itu pulang ke rumah dan tidak menyangka mereka mengambil bungkusan makanan ringan itu bersama.
7. Muhammad Nazar berkata racun yang terdapat dalam makanan ringan itu berkemungkinan bukan racun tikus sebaliknya lebih kuat.
8. Sedih dengan kejadian yang menimpa dua cucunya itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang agar hal berkenaan tidak terjadi kepada orang lain.
9. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kejadian itu.
10. Katanya keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.
11. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.
12. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan.
13. Namun hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
14. Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
15. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
5 INFO RACUN TIKUS
Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar.
Berikut lima fakta berkaitan racun berbahaya ini:
a)Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal
b)Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif.
c)Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.
d)Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti terasa mual atau muntah dan ceret beret.
e)Jika berlaku keracunan rawatan awal yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam perut, ikhtiarkan muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Sumber: Sinar Harian 1 , 2 (Roshila Murni Rosli), Buletin TV3, Pusat Racun Negara
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source