“Takkan Pak Lebai nak menipu…”
Babak kedai kopi dalam filem Nasib Do Re Mi yang melibatkan watak Pak Lebai dan Re yang dilakonkan oleh A.R Tompel bukan sahaja menghiburkan dengan dialog lucu, tetapi juga menarik perhatian dengan penggunaan dialek negeri Perak yang jarang didengar di layar perak pada masa itu.
Siapa sebenarnya pelakon yang membawa watak Pak Lebai tu?
Generasi pasca 70-an mungkin tak mengenali beliau. Menurut Mustafa A.R, pelakon tersebut ialah Noor K.K.
Ini dikuatkan lagi dengan disebutnya nama “Ustaz Noor KK” oleh kedua-dua pelakon dalam adegan di Warung Kopi itu.
Semakan pada kredit filem ‘Nasib Do Re Mi’ juga mendapati adanya nama Noor K.K (dieja sebagai Nor K.K) dalam senarai pelakon pembantu.
Selain filem ‘Nasib Do Re Mi’, Noor K.K juga diberi peranan kecil dalam filem ‘Do Re Mi’ dan ‘Keluarga 69’.
Mencari maklumat mengenai Noor K.K adalah satu usaha yang rumit dan sukar kerana beliau bukan nama besar di layar perak, malah bukan juga pelakon pembantu yang popular seperti HM Busra, Shariff Dol, atau Shariff Babu.
Beliau sebenarnya mempunyai nama besar dalam seni Bangsawan dan diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan seni bangsawan tanah air.
Beliau juga bertanggungjawab mencungkil bakat beberapa anak seni yang kemudiannya menjadi nama besar.
Menurut Rahmah Bujang dalam bukunya ‘Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan Di Tanah Melayu dan Singapura’, Noor K.K yang dilahirkan sekitar tahun 1920-an, berkelulusan sekolah Melayu dan merupakan penggiat seni bangsawan arus kedua sekitar tahun 1940-an.
Dalam persembahan bangsawan, Noor K.K kerap memegang watak Raja, namun pada awal pembabitannya dalam pementasan bangsawan, beliau bersama adiknya, Zohor K.K, terkenal sebagai pelakon aksi lasak.
Noor K.K kemudian beralih menjadi pengarah dan aktif menulis skrip bangsawan. Antara skripnya yang popular ialah ‘Jula Juli Bintang Tiga’.
Sekitar tahun 1968/69, Noor K.K bersama kumpulan bangsawan pimpinannya, Sentosa Opera, sering dijemput mengadakan persembahan di televisyen menerusi slot ‘Pentas Bangsawan’ selain muncul di radio menerusi segmen ‘Bangsawan di udara’ pada tahun sebelumnya.
A.R Badol mengakui bahawa Noor K.K lah orang yang bertanggungjawab membawanya ke dunia lakonan.
Menurut Badol, sebelum dipelawa oleh Noor K.K untuk menyertai dunia bangsawan, beliau bekerja sebagai konduktor bas dengan syarikat Bas Kelang.
Badol memang mengenali Noor K.K yang juga sahabat bapanya, A.R Tompel, maka mungkin atas faktor itu juga dia tidak menolak desakan Noor K.K agar menyertai rombongan Kebudayaan FELDA pada Jun 1974.
Turut sama dalam kumpulan “Bangsawan Bergerak” ini ialah seniman Ahmad B, Yahya Sulong (Datuk), Karim Latiff, R.Jaafar, Rahman B. dan lain-lain. Noor K.K meninggal dunia pada 5 Mei 1980 pada usia 59 tahun.
Dan satu fakta menarik yang anda tidak tahu, Noor K.K sebenarnya membawa maksud ‘Kuala Kangsar’ dan beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Maxwell yang kini telah menjadi Bangunan PWTC dan persekitarannya.
Serta, Yassin Senario adalah cucu beliau dan ini disahkan sendiri olehnya di dalam rancangan Begitu Begini beberapa tahun lepas. Yassin Senario lahir di Kampung Maxwell 2 tahun sebelum pemergian beliau. Keturunan anak seni ini sememangnya membawa impak besar pada industri seni negara.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source