Perjuangan seorang ibu dan isteri sangat besar sepanjang mengandungkan dan melahirkan si kecil, penyejuk mata dan sinar kebahagiaan buat keluarga. Namun tak semua berakhir dengan kebahagiaan. Itulah perjuangan besar, jihad bagi si ibu.
Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu yang telah berkongsi kisahnya kepada Pa&Ma. Nasihatnya buat ibu hamil diluar sana, jagalah kesihatan dan kandungan. Jika ada masalah berkaitan kehamilan segeralah berjumpa pakar.
Allah sudah tetapkan yang terbaik buat hambanya. Ajal maut itu sudah ditentukan dan sebagai manusia kita harus REDHA. Senang untuk diungkapkan kata-kata REDHA itu tapi yang merasai itu hanya memahami perasaan tersebut. Ibu? berdoa selagi mampu …dan ibu REDHA syg semoga kita bertemu di syurga dan abadi.. baru kini ibu ada kekuatan untuk bercerita kisah ANAK SYURGA ibu….MUHAMAD AIMAN BIN MUHAMAD HAFIZ
Tarikh 7.3.2019
Hari yang tak boleh dilupakan ibu dalam sejarah hidup ibu. Ibu mintak maaf sayang…tak terfikir dibenak fikiran ibu yang kamu akan lahir. Pada masa itu kamu baru 34 minggu/8 bulan .
1.00 petang
Rasa sakit pinggang yang datang sekali sekala ibu abaikan…ibu ingat kamu hanya nak bagi tanda saja, sebab masa mengandung kamu memang ibu selalu sakit pinggang tapi itu semua rupa-rupa nya kamu nak bagi tahu ibu, yang kamu sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Ibu tak tahu dan tak sedar yang ibu akan mengalami Placenta Abruptio@ uri lekang. Malam sebelum kejadian memang ada ibu muntah-muntah sampai keluar muntah hijau. Tapi semua itu ibu abaikan…ibu ingat sakit biasa-biasa saja. Ibu cuba bertahan sampai ke petang, ibu yakin ini hanya gurauan dari kamu.
Tapi ternyata semuanya silap. Rasa sakit makin teruk dan ibu tak mampu memandu pulang ke rumah. Ibu cuba mintak bantuan Abah kamu, walaupun jauh…ibu cuba telefon abah bagi tahu yang ibu sakit.Atok datang cuba bagi bantuan dekat ibu dan adik, tapi ibu tengok atok panic nak bawak kereta masa tuu…jadi ibu akur untuk naik ambulans ke Hospital.
6.50 petang
Kita sampai dekat Hospital syg. Semua doctor panic dan cuba nak tolong syg. Doktor mcm dah tahu apa yang jadi doctor cakap jantung adik dah lemah…ibu terpaksa di czer, walapun perit dan takut ibu terima ja keputusan doktor tu..ibu terpaksa ikut sebeb ibu nak kamu selamat syg. Pada masa saat2 genting ni..ibu nak sangat Abah ada dekat ibuu…tapi ibu paham, Abah xsempat balik lagi dari kerja (abah kerja jauh dari kita, abah kerja kat KL). Jadi ibu pegang tula kecil abah…sebagai semangat ibu…ibu takut syg.
9.00 malam
Ibu rasa macam baru terjaga dari tidur, rasa macam bermimpi je…ibu dah lupa apa yang jadi..ibu rasa lemah sangat dan tiba-tiba baru ibu teringat, ibu diberikan bius penuh oleh doktor tadi dan ibu baru teringatkan kamuu syg, ibu mula mencari kamu dan bila ibu bertanyakan tentang kamu..semua nurse mula membisu dan diam…(hati ibu sayu dan berdegup kencang) ibu tahu ada yang tak kena.
Hanya Allah yang tahu perasaan itu.Hinggalah Atok & wan masuk berjumpa dengan ibu di ICU, atok & wan suruh ibu bersabar. Baru ibu tahu syg dah pergi berjumpa dengan Allah, pencipta kita. Sekejap saja syg lahir 7.56 mlm dan 8.45 mlm syg dah tinggalkan ibu buat selama-lamanya.
Punca kematian sayang disebabkan oleh lemas
Ibu tak dapat tahan air mata ini…ibu menagis macam budak kecil, ibu buntu, ibu keliru, ibu rasa macam mimpi sangat. Baru pagi tadi kita sama2 pergi ke Klinik untuk pemeriksaan bulanan, nurse cakap adik sihat minggu depan baru doktor nak scan untuk tengok adik..tapi ada daya ibu Allah dah aturkan semuanya untuk ibu. Syg lahir awal dari jangkaan dan doktor tak tahu macam mana uri boleh lekang.
Ibu kuatkan semangat berpantang tanpa kamu syg.Walaupun perit ibu cuba. Nampak baju kamu pun ibu dah nagis apatah lagi bila ibu nampak bayi kecil sebaya kamu…ibu tak kuat..ibu menagis syg…hati ibu hancur. Tapi Allah itu maha pengasih ….ada kakak ainaa dan abang amsyar yang selalu teman ibu, tak bagi ibu sunyi. Hilang seketika kesedihan ini.
(Saya ngn suami PJJ….mmg betul2 kena kuat emosi…mujur keluarga banyak tolong…)
Tarikh 26.3.2019
Ibu mula rasa sakit dada dan sesak nafas sangat. Rupa nya Allah nak uji Ibu lagi, ibu terpaksa ditahan di hospital lagi. Ibu terkena Pulmonary Embolism & pulmonary hypertension (darah beku dekat paru2) Ya Allah, kuat betul ujian mu ini…Ibu tak sangka ibu akan lalui semua ini. Doktor cakap ini sebab ibu tak bergerak lama selepas pembedahan darah beku terjadi di kaki dan tersangkut dekat paru2. Ibu terpaksa ambil ubat cucuk Enoxaparin bagi menghalang darah beku terjadi. Maka bermulalah episode ibu kena kena cucuk sendiri selama 3 bulan. Ibu kuatkan semangat ibu pejam mata dan cucuk dekat perut.Semua cakap ibu bertuah sebab ibu boleh bertahan..tak semua pesakit Pulmonary Embolism & pulmonary hypertension boleh hidup…jadi ibu bersyukur sangat. Ibu tahu ada hikmahnya..
Pinjaman terindah selama 8 bulan dalam rahim
Ya Allah aku bersyukur sangat. Atas pinjamanmu yang istimewa selama 8 bulan ini. Sesungguhnya ibu REDHO, ibu kembalikan Muhamad Aiman kepada mu YA ALLAH kerana ibu tahu Allah lebih menyayangi kamu…tunggu ibu,abah, kakak ainaa dan abang amsyar disana sayang…moga kita berjumpa disyurga sana…aamiin
Cuma pesanan saya, kalau mengandung jangan lah banyak buat kerja berat. Banyakan rehat, jangan paksa diri kalau anda letih atau sakit. Kalau sakit sedikit pun, janganlah ambil mudah ..kita tidak tahu apa yang bakal terjadi.
Sumber: Shafinur Saadon
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source