Protes pelajar di Bangladesh, Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memantau dengan teliti situasi mencabar di Bangladesh dengan insiden rusuhan yang meluas menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelajar Malaysia dan keluarga mereka di Dhaka dan Mymensingh.
Kementerian memaklumkan, pihaknya telah mengarahkan semua langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.
Langkah-langkah ini termasuk memindahkan pelajar ke Suruhanjaya Tinggi dan Kediaman Rasmi di mana persiapan sedang dilakukan untuk memenuhi keperluan mereka.
Kementerian itu berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat menyelaraskan usaha itu walaupun menghadapi cabaran besar seperti gangguan Internet.
Katanya, Suruhanjaya Tinggi komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di Bangladesh dan bergantung kepada komunikasi SMS untuk mengekalkan ketersambungan.
“Seperti yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, perintah berkurung telah dilaksanakan setakat tengah malam berikutan keadaan keselamatan yang tidak stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Namun, Suruhanjaya Tinggi terus memantau kebajikan pelajar yang terjejas. Pada masa ini, Suruhanjaya Tinggi merancang untuk pergi ke Mymensingh untuk menyediakan bekalan makanan kepada pelajar.”
Menurut Kementerian Luar, seorang pelajar Malaysia dari Universiti Pertanian Bangladesh berjaya dibantu menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Malaysia hari ini.
Kenyataan itu menyatakan, Suruhanjaya Tinggi menggesa semua pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan untuk terus berhubung dan bekerjasama dengan pihaknya yang mengambil setiap tindakan untuk membantu rakyat Malaysia.
Sementara itu, ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota pekerjaan awam yang dimansuhkan pada 2018.
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan, kerajaan mengenakan perintah berkurung di seluruh negara dan mengerahkan tentera selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes pelajar.
Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan berkata, tentera akan ditempatkan di ibu negara Dhaka dan daerah lain.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source