Lelaki disamun selepas keluar wang RM200,000


PETALING JAYA: Seorang lelaki kerugian RM200,000 apabila disamun sekumpulan lelaki bersenjata di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam selepas mengeluarkan wang terbabit dari sebuah bank, dalam kejadian tular semalam.
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kereta pengguna jalan raya lain yang menunjukkan sekumpulan lelaki menyamun pemandu Perodua Kembara terbabit.
Katanya, dalam rakaman itu, kereta mangsa dihampiri dua suspek yang menaiki motosikal selain dihalang sebuah Perodua Alza yang memintas hadapan keretanya.
“Pembonceng motosikal itu kemudiannya memecahkan cermin bahagian pemandu dengan kapak dan mencabut kunci kereta bagi menghalang mangsa melarikan diri.
“Manakala rakannya yang menaiki Perodua Alza membuka pintu penumpang hadapan kereta mangsa lalu membawa lari satu bungkusan beg mengandungi wang tunai dalam kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.
Mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 54 tahun kemudiannya membuat laporan polis memaklumkan dia telah disamun.
Iqbal berkata siasatan mendapati mangsa yang juga peniaga barangan lusuh mengeluarkan wang terbabit untuk urusan perniagaan.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu. Kita juga mendapati Perodua Alza dinaiki suspek adalah palsu kerana didaftarkan atas sebuah kereta jenis Toyota Vios.
“Polis kini giat mengesan semua suspek terbabit dan orang ramai dinasihatkan tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang besar kerana boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source