Isu ini sudah bermula sejak Februari tahun ini dan masih berlanjutan sehingga kini. Mungkin dalam Kdrama, kita sering menonton kisah para doktor yang selalu berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan pesakit-pesakit mereka. Namun, isu mogok ini telah menyebabkan ratusan rawatan serta pembedahan terpaksa dibatalkan, gara-gara tiada doktor yang bertugas!
Ini ceritanya. Lebih daripada 12,000 doktor yang bertugas di lebih 100 buah hospital bertindak untuk memprotes dan meninggalkan tugas mereka sejak Februari lalu. Kenapa? Ini disebabkan para doktor ini tak puas hati dengan tindakan kerajaan yang mahu tingkatkan jumlah kemasukan pelajar ke sekolah perubatan. Kerajaan berpendapat yang isu kekurangan dalam perkhidmatan perubatan ini adalah akibat kekurangan doktor, maka keputusan menaikkan jumlah kemasukan pelajar perubatan ini dilakukan.
Tapi lain pula pendapat para doktor yang berkhidmat ini. Malah, pihak Persatuan Perubatan Korea juga sendiri laporkan bahawa masalah ini berpunca daripada agihan kemudahan perubatan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar, kekurangan kakitangan serta risiko litigasi yang tinggi. Maknanya, bagi para doktor, penambahan bilangan pelajar perubatan ini takkan selesaikan masalah ini pun.
Ramai yang maklum bahawa sistem perubatan di Korea Selatan ini ada ciri yang sangat baik. Indeks penjagaan kesihatan antarabangsa juga meletakkan sistem penjagaan perubatan Korea Selatan di peringkat kedua di peringkat global pada 2024. Negara itu juga mengeksport pengetahuannya ke negara lain, termasuk kerjasama dalam perubatan tradisional Korea, program latihan dan pertukaran akademik.
Tapi, ada beberapa masalah di sebalik sistem kesihatan yang baik ini. Masalah utama adalah agihan doktor di kawasan bandar dan luar bandar. Di bandar, setiap 1,000 penduduk ada tiga doktor, manakala angka ini cuma 1.6 di luar bandar. Para doktor ini tidak mahu berkhidmat di kawasan luar bandar. Kononnya, tak mahu berjauhan dengan keluarga dan tak mahu anak-anak mereka belajar di luar bandar.
Satu lagi masalah yang jelas dalam perkhidmatan perubatan mereka ini adalah agihan doktor ikut pengkhususan yang tidak sekata. Contohnya, jumlah doktor dalam bidang obstetrik yang jauh lebih rendah berbanding bidang lain.
Bagi pihak orang ramai pula, ramai yang menyokong tindakan kerajaan yang mahu naikkan jumlah pelajar perubatan ini. Malah, ramai yang marah dengan tindakan doktor yang mogok dan mengabaikan tugas sehingga ramai yang tak dapat rawatan sewajarnya.
Sebab inilah, jika anda perasan, sepanjang Februari hingga sekarang, tiada drama bertema perubatan dan doktor yang ditayangkan, gara-gara sentimen rakyat yang tidak berpuas hati dengan situasi mogok ini.
Terbaharu, akhir Jun lalu, pihak kerajaan menggesa para doktor yang mogok ini agar menghentikan protes mereka dan kembali bertugas. Seandainya enggan, lesen perubatan mereka akan ditarik balik. Namun, masih ramai yang kekal dengan protes mereka.
Apa kesudahan drama realiti ini? Mungkin tidak lama lagi ada sinar baharu buat para doktor di sana.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source