Tahukah anda yang Ka’bah pernah diserang oleh orang Islam sendiri suatu ketika dahulu? sampai terbakar !
Insiden ini berlaku sewaktu era Daulah Umayyah di bawah pemerintahan Khalifah Yazid I (680-683). Semuanya bermula selepas tragedi karbala.
Kisahnya begini, ketika penduduk Hijaz terima berita pasal kemangkatan Hussain dalam tragedi Karbala, mereka semua naik berang. Kemarahan mereka semua ditujukan kepada Khalifah Yazid.
Ekoran itu, sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah bin Zubair bangkit mencela Khalifah Yazid yang dikatakan menjadi punca kematian cucu Rasulullah SAW itu. Abdullah bin Zubair enggan mengiktiraf Yazid sebagai Khalifah, lalu berlindung di Mekah.
Oleh kerana keberaniannya melawan Khalifah, masyarakat Mekah melihat Abdullah bin Zubair sebagai pemimpin Umat Islam selepas Hussain.
Yazid bimbang dengan kelakuan ‘rebel’ Abdullah bin Zubair, lalu melantik Uthman bin Muhammad untuk selesaikan konflik ini. Uthman mengirim utusan dari Madinah untuk bertemu dan berbincang dengan Yazid.
Yazid menyambut utusan Madinah itu dengan tangan terbuka. Hadiah dan wang lumayan ditabur untuk membeli hati utusan Madinah itu. Namun, utusan Madinah itu langsung tidak berkenan harta yang ditawarkan oleh sang khalifah itu.
Mereka menarik sokongan terhadap Yazid dan ingin bersama memberontak di sisi Abdullah bin Zubair. Yazid yang murka dengan ‘pengkhianatan’ utusan Madinah itu berkata:
‘’Sungguh aku telah menghormati dan memuliakan mereka akan tetapi mereka telah mengkhianatiku dan berkata bohong serta memboikotku.’’
Penduduk Madinah memilih Abdullah bin Hanzhalah bagi mengetuai pemberontakan ke atas Bani Umayyah.
Maka pemberontakan mula dilancarkan, kediaman pegawai dan keluarga Umaiyah mula dikepung oleh penduduk Madinah. Gabenor Umayyah di Madinah diguling, orang-orang Bani Umayyah dihalau keluar dari Madinah.
Tindakan penduduk Madinah ini telah membangkitkan lagi amarah Yazid. Bumi Hijaz kini ‘terlucut’ seketika dari tangan khalifah. Yazid terus bertitah agar ditakluki kembali Hijaz dan bergerak menuju ke Mekah bagi menangkap Abdullah bin Zubair.
Khalifah Yazid melantik seorang pegawai Umayyah yang setia bernama Muslim bin Uqbah. Muslim berkata: “Mari berperang menuju Hijjaz dan setiap kamu akan diberi imbalan seratus dinar yang akan diletakkan di tapak tangan kamu.”
Muslim pun berarak ke Hijaz dengan tentera seramai 12 ribu orang !
Setibanya di Madinah, Muslim meminta diberikan laluan kepada dia dan tenteranya untuk ke Mekah. Namun penduduk Madinah menghalang kemaraan tentera Umayyah.
Disebabkan itu, maka berperanglah penduduk madinah dengan tentera Umayyah di al-Harrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan tentera Umayyah yang telah membunuh begitu ramai penduduk Madinah.
Tidak puas dengan kemenangan itu, Muslim benarkan tenteranya untuk jarah kota Madinah selama 3 hari.
Perbuatan bunuh, rogol dan rampasan harta penduduk madinah dilakukan oleh tentera Umayyah.
Setelah berjaya menundukkan Madinah, Muslim mara ke Mekah. Walaubagaimanapun, Muslim mangkat dalam perjalanan dan digantikan dengan Hussain bin Numair. Tiba di Mekah, mereka dapati yang Abdullah bin Zubair tengah berlindung di dalam Ka’bah.
Maka dilempar batu ke arah Ka’bah oleh tentera Umayyah, sehingga terbakar Ka’bah. Adapun kemangkatan Khalifah Yazid mengejut pada usia 39 tahun menyebabkan tentera Umayyah terus berundur.
Sejurus itu, Ibn Zubair ditawar jawatan khalifah jika dia ke Damsyik bersama Hussain, namun dia menolak. Abdullah Bin Zubair kekal sebagai orang besar Mekah selama 9 tahun seterusnya (683 – 692 M).
Di Damsyik, jawatan khalifah diwarisi oleh anak lelaki Yazid iaitu Muawiyah II (683 – 684 M).
oleh: Fakhry Harraz
—
Jom selami kehebatan sejarah peradaban Islam dengan KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan sekarang di Shoppee The Patriots !
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source