Ini mungkin sesuatu yang mungkin mengejutkan anda, tapi pengkaji sejarah yang membuat analisis terhadap satu penemuan butir kanji yang ada pada alat pengisar yang berusia 30,000 tahun percaya bahawa ia adalah proses membuat penkek paling lama dalam sejarah! Mereka menyatakan kemungkinan tukang masak pada Zaman Batu itu telah menghasilkan tepung daripada tumbuhan, dicampurkan dengan air dan dibakar di atas batu panas.
Mungkin ia lebih serupa seperti biskut keras berbanding lempeng atau penkek moden, namun ini menunjukkan idea yang mereka fikirkan adalah sama, iaitu menghasilkan kek leper yang dibuat daripada adunan dan digoreng. Ini dikuatkan lagi dengan penemuan bahan yang dimakan oleh Otzi the Iceman iaitu mumia yang ditemui di Pergunungan Alps pada 1991.
Dalam perutnya ditemui ada sisa daging rusa dan ibex, yang mengandungi gandum einkorn yang telah dikisar. Serpihan arang yang dimakannya bersama-sama menunjukkan bahawa ia berbentuk lempeng, dimasak dengan api. Mungkin inilah hidangan penkek terakhir yang dimakan oleh Otzi!
Itu kisah penkek prasejarah, tapi jika dilihat daripada bukti bertulis, rekod pertama yang ditulis tentang penkek ini datangnya dari Greek dan Rom purba. Seorang pemuisi Athens, Cratinus telah menggambarkan dalam puisinya tentang ‘kek leper yang hangat bersama limpahan embun pagi.’ Lebih kurang 600 tahun lepas tu pula, seorang ahli perubatan Greek, Galen ada sebut tentang proses memasak ‘griddle-cake’ (sejenis penkek yang tebal) yang hanya menggunakan minyak zaitun serta dinikmati bersama madu.
Pada hari ini, penkek ini digemari oleh hampir seluruh masyarakat dunia dengan pelbagai resepi serta cara untuk menikmatinya. Setiap negara dengan budaya berbeza ada cara tersendiri malah nama yang unik bagi penkek versi mereka. Disebabkan inilah, munculnya pelbagai variasi seperti crepe, latkes kentang, pönnukaka, pfannkuchen, chataamari, dan lempeng.
Paling unik, di England, ada sambutan Hari Pancake atau Shrove Tuesday, iaitu perayaan tradisional yang diraikan 40 hari menjelangnya Hari Easter. Ketika ini, larian penkek akan diadakan dengan para peserta (kesemuanya wanita) membawa kuali yang mengandungi penkek panas. Dia harus melambungnya tiga kali semasa perlumbaan ini. Wanita pertama yang menamatkan larian dan tiba di gereja, menghidangkan penkeknya kepada tukang loceng dan dicium olehnya, adalah pemenangnya. Ritual yang pelik, tapi nampaknya itu tradisi mereka.
Penkek ini bolehlah dikatakan makanan utama golongan berstatus rendah suatu ketika dahulu kerana ia adalah hidangan yang paling murah. Keluarga petani khususnya banyak buat penkek kerana semua bahan yang biasa adalah daripada hasil mereka sendiri, tersedia pada bila-bila masa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source