Seorang wanita yang merupakan bekas perunding Quantum Metal tampil memohon maaf selepas sekian lama berdiam diri berkenaan isu bayaran tertangguh dalam kalangan ahli-ahli syarikat pelaburan itu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan menjelaskan bahawa jawatannya sebagai Merchant Developer dalam syarikat tersebut telah dilucutkan baru-baru ini.
Bekas perunding Quantum Metal mohon maaf
@ninicomei Statement dari NiniComei – Termination Letter as a Consultant Rank Nini sebagai Merchant Developer dalam Quantum Metal telah dilucutkan bermula 22/7/2024. Akaun QM juga diterminate serta merta atas alasan menjatuhkan reputasi company. Adakah kami tiada hak untuk bertanyakan berkenaan pending payment, GSA dan kedudukan semasa Quantum Metal? 8 bulan nini tak berdiam diri, kami push pihak QM untuk berikan jawapan dan status pending payment. Email, call, live chat, HQ. Masalah pending payment belum selesai. Company ada masa untuk terminate dan suspend akaun QM consultant yang bertanyakan mengenai simpanan emas. Bukan nini seorang sahaja kena terminate, tetapi semua akaun QM nini. Serta Founder Angel Group dan Merchant Bullion Star Group juga diterminate pada hari yang sama. Angel group statement : https://www.facebook.com/share/p/cPhtJehAbYemf7MN/?mibextid=WC7FNe Semua yang jadi bukan dibawah kawalan nini. Tak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri, 4 tahun perjuangan nini sia2. 30 November 2020 – 27 Julai 2024 NCTeam tidak akan berhenti perjuangkan ilmu kewangan & ekonomi diri serta keluarga sejak 2018. Tak pernah jemu berkongsi peluang. Alhamdulillah selepas 8 bulan berjuang, mengharap, menagih & mengemis simpanan sendiri serta simpanan client di QM, kami pasrah dihalau, dipalau oleh mgt QM. Kami telan kecaman, fitnah dan tohmahan netizen. Kami pasrah. Kami redha. Nini ucapkan terima kasih banyak kepada angel group dan rakan-rakan yang mengenali nini di Quantum Metal. Terima kasih atas peluang ni. 4 tahun bersama company, tak sangka end up macam ni. Nini harap pihak company dapat selesaikan semua pending payment ahli2.
Menurutnya, dia dilucutkan jawatan atas sebab menjatuhkan reputasi syarikat disamping akaun Quantum Metal miliknya dibekukan oleh syarikat berkenaan.
“Adakah kami tiada hak untuk bertanyakan berkenaan bayaran tertangguh, GSA dan kedudukan semasa Quantum Metal?” katanya.
Dalam pada itu, bekas perunding itu juga mendedahkan bukan dia seorang sahaja yang dilucutkan jawatan, malahan agensi terbesar dalam Quantum Metal juga menerima nasib yang sama.
Menurutnya, selama lapan bulan pembayaran ditangguhkan oleh pihak Quantum Metal, dia tidak pernah berdiam diri malahan terus menerus mendesak syarikat itu untuk memberikan jawapan tentang isu berkenaan.
Artikel lain: Hafiz Mahamad diminta bertanggungjawab, video berasak cium Hajar Aswad cemarkan agama di mata dunia
“Ahli perlukan jawapan kepada pembayaran ditangguhkan dan semua itu jururunding yang perlu jawab dan akhirnya jatuh kesalahan kepada kami. Sebab apa? Sebab bahagian khidmat pelanggan tak respon kami,” ujarnya.
Bekas perunding itu turut mempersoalkan bagaimana syarikat itu mempunyai masa untuk membeku dan melucutkan jawatan jururunding Quantum Metal namun tidak dapat menyelesaikan masalah pembayaran tertunggak.
Jawatan dilucut, bekas perunding Quantum Metal perjelas isu
“Bayangkan dengan masalah pembayaran tertunggak yang belum selesai, syarikat ada masa untuk lucutkan jawatan kami dan bekukan akaun kami?
“Dan ditamatkan, apa jadi kepada semua simpanan bila akaun sendiri pun tak boleh nak buka? Jadi persoalannya, mana pergi simpanan emas kami?” soalnya.
Sementara itu, bekas perunding itu turut berkata apa yang terjadi bukanlah dalam kawalannya dan ia bukan disebabkan sesiapa namun ia adalah kesalahannya sendiri.
Pada akhir video itu, bekas perunding itu meminta maaf kepada semua orang yang terkesan dan bersedia menerima semua kecaman dan tohmahan daripada orang ramai.
Lama berdiam diri, bekas perunding Quantum Metal mohon maaf
“Saya sebenarnya nak memohon maaf atas kesilapan saya selama ini kepada sesiapa yang mengenali saya menerusi Quantum Metal.
“Lepas lapan bulan berjuang mengharap, menagih, mengemis simpanan sendiri dan juga simpanan klien di Quantum Metal, kami dihalau, dipalau oleh pihak pengurusan syarikat itu.
“Semua kecaman saya telan, semua fitnah saya pasrah dan redha. Saya harap sangat Quantum Metal dapat selesaikan semua pembayaran tertunggak kepada ahli-ahli,” luahnya.
Sumber: TikTok Nini Comei
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source