‘Jangan takut’ kehadiran kapal China di Laut China Selatan, kata PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menasihatkan nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.
“Jangan takut, jangan takut,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai kegusaran nelayan tempatan di perairan Laut China Selatan mengenai kehadiran kapal berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Khaled Nordin, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Terdahulu, media melaporkan terdapat kegusaran dalam kalangan nelayan di perairan berkenaan mengenai kehadiran kapal CCG di sekitar kawasan berkenaan yang menyukarkan nelayan dan pemancing menjalankan aktiviti mereka.
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155km) dari pantai Miri, Sarawak, dan dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Kementerian Pertahanan sebelum ini, berkata tentera laut sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source