Malaysia kutuk keras ‘serangan biadap’ Israel ke atas 2 sekolah PBB di Gaza


KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terkini oleh rejim Zionis Israel yang menyasarkan dua sekolah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu sekolah Hassan Salama dan al-Nasr di Gaza.
Kementerian Luar berkata, ‘serangan biadab’ itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 30 orang awam, majoritinya kanak-kanak, dan ramai lagi tercedera.
Menurut kementerian, Malaysia menuntut tindak balas yang lebih konkrit dan berkesan daripada masyarakat antarabangsa, khususnya mereka yang memperjuangkan peraturan perintah antarabangsa, terhadap rejim Zionis Israel yang terus bertekad melakukan pembunuhan beramai-ramai berterusan dan memusnahkan Gaza.
Tambahnya, rejim Zionis Israel jelas menunjukkan kepada dunia ‘keangkuhannya’ dengan mengabaikan seruan antarabangsa bagi gencatan senjata seperti yang digariskan dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2024) dan untuk menghormati semua undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan antarabangsa serta hak asasi manusia.
“Malaysia akan terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap perjuangan Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
“Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara yang sepemikiran untuk kemasukan negara Palestin ke dalam PBB sebagai anggota penuh,” katanya dalam kenyataan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source