Obsesi orang Korea terhadap pendidikan memang tak dapat disangkal lagi. Sesi persekolahan biasa bukanlah penamat kepada sesi pembelajaran pelajar. Dan, di sinilah industri hagwon membina keuntungan mereka.
Hagwon (학원) ini adalah istilah yang digunakan untuk kelas persendirian atau akademi swasta yang dihadiri pelajar apabila sesi persekolahan biasa mereka selesai. Senang cerita, hagwon ini ialah kelas tuisyen yang dihadiri oleh pelajar di Korea ini. Tapi, ia bukanlah sekadar tuisyen biasa.
Biasanya kelas hagwon ini akan bermula pada waktu petang, sekitar jam 4 atau 5 petang, dan boleh berakhir sehingga tengah malam. Mungkin kita fikir yang kelas hagwon ini hanya untuk pelajar yang bersedia untuk peperiksaan sahaja.
Jangan terkejut jika saya katakan, yang hagwon di Korea dihadiri oleh budak seawal usia 2 tahun! Kebanyakan kelas hagwon ini bertumpu kepada pembelajaran untuk peperiksaan kemasukan kolej, dan subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.
Sehingga 2022, 78.3% pelajar sekolah rendah di Korea Selatan menghadiri sekurang-kurangnya satu kelas hagwon dan menghabiskan purata 7.2 jam setiap minggu di situ. Ada juga pelajar yang menghadiri hagwon sehingga 11 kelas pada setiap minggu! Dan setiap kelas ini berlangsung di hagwon yang berbeza.
Hagwon ini memang sudah lama menjadi kontroversi di Korea, tapi sampai sekarang, ia masih berlaku di sana. Akibat kegilaan untuk menjadi pelajar terbaik, ia menyebabkan situasi persaingan yang sengit dalam kalangan pelajar ini.
Tambahan pula, yuran hagwon yang mahal sebenarnya menjadi beban bagi majoriti keluarga di Korea. Kajian Kementerian Pendidikan Korea juga mendapati perbelanjaan purata bulanan untuk yuran hagwon bagi isi rumah tersebut ialah 648,000 won, iaitu sekitar RM2,100 sebulan.
Paling utama, hagwon ini sudah jadi satu industri di Korea, dengan harga hartanah turut dipengaruhi dengan jarak kedudukannya dengan hagwon. Maknanya, rumah yang terletak paling hampir dengan hagwon adalah paling mahal dan paling mendapat permintaan tinggi.
Isu hagwon ini agak kritikal di Korea kerana kegilaan ibu bapa untuk masukkan anak mereka ke hagwon ini adalah untuk ‘mendahului orang lain.’ Ibu bapa ini percaya bahawa membayar yuran hagwon adalah sejenis pelaburan yang mereka buat demi kestabilan masa depan anak-anak mereka.
Ibu bapa sanggup beratur panjang sebaik sahaja pendaftaran kelas hagwon elit dibuka demi mendapatkan tempat serta cikgu terbaik buat anak mereka. Industri hagwon ini pun pandai dalam memancing para ibu bapa.
Kaedah pengajaran cikgu tuisyen ini memang lengkap dan cara mengajar juga menarik, dengan rakaman video dan sebagainya. Cikgu yang mengajar ini juga dipanggil ‘cikgu bintang’ yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Malah, ramai pelajar lebih bergantung kepada cikgu hagwon berbanding cikgu sekolah mereka.
Akibat daripada industri hagwon ini yang berikan pelbagai tip, teknik belajar dan soalan contoh kepada pelajar, peperiksaan kemasukan kolej atau suneung menjadi semakin sukar. Pembuat kertas ujian suneung terpaksa tingkatkan tahap kesukaran untuk sesuaikan dengan pembelajaran di hagwon.
Sehingga hari ini, hagwon masih lagi menjadi tumpuan para ibu bapa. Mungkin bagi mereka, memasukkan anak-anak ke hagwon adalah peluang terakhir untuk lihat anak ini mendapat pekerjaan hebat pada masa depan dan ubah hidup mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source