Ibaratnya seperti satu tradisi untuk empat orang ahli kumpulan Blackpink untuk ‘terbang’ ke kota Paris setiap kali tibanya Minggu Fesyen Paris bagi musim bunga dan musim luruh.
Bagi Blinks tegar di luar sana, pastinya korang sudah dapat mengagak ahli Blacpink mana yang akan muncul di pertunjukan fesyen serta acara jenama yang mana satu. Ini kerana setiap seorang mewakili jenama berbeza bagi mengukuhkan lagi imej Blackpink sebagai antara selebriti antarabangsa paling stail buat masa ini.
Sebagai contoh, Jennie akan ke acara Chanel, Jisoo pula boleh dijangka meraikan jenama Dior. Rose sudah sinonim dengan jenama Yves Saint Laurent manakala Lisa pula merupakan wajah jenama Celine dan Bvlgari.
ARTIKEL BERKAITAN : Blackpink Curi Tumpuan Peminat Fesyen Secara SOLO, Stail Siapa Terbaik? – REMAJA
Malang sekali pada musim lalu, mereka hanya boleh memeriahkan pertunjukan secara maya. Sebab itulah, dengan kelonggaran yang diterima Blackpink sekarang memandangkan situasi pandemik di seluruh dunia mulai berada pada tahap yang lebih terkawal, mereka dapat ke Paris pada minggu ini untuk memeriahkan Minggu Fesyen di sana.
Jisoo dan Rosé menjadi ahli terawal untuk tiba; masing-masing untuk menghadiri pertunjukan fesyen Dior dan Saint Laurent. Ia diikuti oleh Jennie untuk menghadiri acara Chanel pada malam ini.
Akhir sekali siang tadi, trio tersebut telah disertai oleh ahli yang baru melancarkan dua lagu solonya iaitu Lisa. Khabarnya, Lisa akan tampil di pertunjukan fesyen Miu Miu atau Celine.
BACA LAGI : Hangat Sebagai Duta Terbaru Prada, Lisa Blackpink Buatkan Pertunjukan Fesyen Viral – REMAJA
Jom lihat penampilan mereka di Minggu Fesyen Paris pada tahun ini.
Sebagai duta antarabangsa Dior, Jisoo hadir bagi menonton pertunjukan fesyen Spring Summer 2022 dalam persalinan dress sutera pendek daripada koleksi Cruise 2022 oleh Dior bersama tas mikro Lady Dior terbaru. Tamat saja acara tersebut, Jisoo terus bertukar kepada padanan seluar pendek dan hoodie daripada koleksi kapsul Dior Chez Moi.
Seperti biasa, acara fesyen Saint Laurent mengambil tempat berdekatan dengan Menara Eiffle di Paris. Kali ini, Rosé kekal dengan pemilihan warna hitam (sinonim dengan jenama Saint Laurent) tapi kali ini dalam potongan mini dress dengan but tinggi dan rantai – semuanya daripada koleksi jenama tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Rosé & CL Catat Sejarah Hadir Ke MET Gala 2021 – REMAJA
BACA LAGI : MEWAH! Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton – REMAJA
Penyanyi Solo ini mempunyai lebih masa sebelum menghadiri acara fesyen Chanel. Lalu, dia sempat mengelilingi bandar Paris bersama Jisoo dalam persalinan Chanel head-to-toe. Khabarnya ramai yang kini berminat dengan kardigan yang disarungkannya itu. Terbaru pada malam ini, Jennie membuat kemunculan pertunjukan utama Chanel dalam persalinan two-piece serba merah oleh Chanel dan dilengkapi tas labuh juga dalam warna merah.
Okay it sure gets interesting with Lisa.
Malang sekali bagi Lisa yang sudahpun berada di Paris apabila dia dikatakan ‘tidak dibenarkan’ menghadiri acara tertutup yang dianjurkan oleh Bvlgari pada malam ini. Menurut CEO Bvlgari iaitu JC Babin menerusi Instagram, Lisa tidak hadir ke acara ETAM Live Show 2021 setelah agensinya iaitu YG Entertainment tidak membenarkannya atas alasan risiko COVID-19. Biarpun langkah pencegahan itu perlu, namun ramai merasakan Lisa akan sedih memandangkan ahli Blackpink lain telahpun mula menghadiri acara penting masing-masing.
Lisa juga dilaporkan tidak dapat menghadiri satu lagi acara yang disediakan Bvlgari walaupun dia berada di Eropah sekarang. Disebabkan ketidakhadiran itu, Lisa juga terlepas peluang daripada penggambaran menarik bersama selebriti terkenal seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti bagi kempen Bvlgari 2021/2022.
Sayangnya!
Implikasinya, Blinks ‘mengamuk’ di platform Twitter dengan tanda pagar #YGLetLisaDoHerWork. Mereka beranggapan tidak adil untuk Lisa diperlakukan sedemikian sedangkan ahli lain dapat ke acara masing-masing.
Apapun, jangan risau kerana kami pasti Lisa akan munculkan diri juga di acara seterusnya seperti untuk jenama Celine. Dan Lisa juga pastinya gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan ibunya yang juga berada di sana setelah dua tahun tidak bertemu.
Lisa and her mom 🛬🇫🇷#LALISA #LISA #리사 pic.twitter.com/P66SdqfdF4
— TaTa💸 (@9lili97) October 4, 2021
Dari sudut fesyen, kami gemarkan pemakaian ‘airport fashion’ Lisa yang memilih turtleneck hitam dan blazer hitam dengan piping putih serta butang emas.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source