Perdana Menteri New Zealand jumpa Khairul Aming, masak roti jala & sarapan bersama

Perdana Menteri New Zealand jumpa Khairul Aming hari ini sempena lawatan pemimpin itu ke ke negara ini.
Detik bersejarah pertemuan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon bersama Khairul Aming dikongsikan oleh personaliti media sosial itu di media sosialnya.
Menerusi perkongsian itu, Khairul Aming berkata, pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuatnya di negara berkenaan sebelum ini.
Artikel lain: Khairul Aming masak2 di luar negara pula, ramai risau tiket ke New Zealand ‘sold out’!
Perdana Menteri New Zealand jumpa Khairul Aming
Pada pertemuan itu juga, Khairul Aming turut memperkenalkan menu sarapan pagi orang Malaysia kepada Luxon iaitu roti jala, nasi lemak dan teh tarik selain daripada pelbagai kuih tradisional.
Pada ruangan hantaran tersebut, Khairul Aming memaklumkan lapan tahun lalu dia merakam video memasak pertama sambil duduk di atas lantai di rumah sewa.
“Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal. Teruskan kerja keras, anda akan kagum bagaimana hidup ini boleh membawa anda,” tulisnya.
Tukar pendapat bersama
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Khairul Amin Bin Kamaruzaman memaklumkan dia sempat bertukar pendapat mengenai sektor pelancongan antara kedua-dua negara.
“Selain itu, kami turut berkongsi berkenaan perdagangan eskport daging halal, produk tenusu, pemuliharan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS (perusahaan kecil dan sederhana)
tempatan ke New Zealand,” tulisnya.
Betullah orang kata, kalau sudah namanya tuah dan rezeki, tiada siapa yang mampu menolak aturan baik itu.
Sumber: Instagram khairulaming
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source