Empat tahun terpisah, Sajat akhirnya jumpa anak

Usahawan sensasi, Sajat akhirnya jumpa anak-anak angkatnya selepas hampir empat tahun terpisah susulan perpindahannya ke Australia.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah memuat naik dua keping foto memaparkan dirinya bersama kedua-dua anak angkatnya.
Pada ruangan kapsyen pula, Sajat meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat bertemu dengan kedua-dua anak angkatnya disamping turut menulis beberapa tanda pagar.
Sajat akhirnya jumpa anak selepas empat tahun
“Akhirnya, kita bersama kembali,” katanya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan, tidak dapat dipastikan lokasi pertemuan Sajat bersama kedua-dua anak angkatnya kerana usahawan itu tidak mendedahkan maklumat lanjut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa gembira dengan pertemuan tersebut termasuklah dalam kalangan rakan selebriti disamping terdapat yang memujinya kerana kuat menghadapi cabaran.
Artikel lain: “Kau lebih percaya bomoh berbanding tuhan? Ya Allah teruknya!” – Sajat
Awak bapa yang hebat
Saya gembira untuk awak
Alhamdulillah, anak masih ingat
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang meninggalkan komen meluahkan rasa kesyukuran kerana akhirnya Sajat dapat bertemu dengan anak-anak angkatnya.
Alhamdulillah, anak-anak dah sampai ke penjaga
Akhirnya, Sajat akhirnya jumpa anak!
Luangkan masa sehabis baik bersama anak
Sekadar info, Sajat kini berada di Australia selepas pihak berkuasa Malaysia memburunya atas beberapa kesalahan syariah yang pernah dilakukan di negara ini.
Sekitar 2021, dia pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di Instagram miliknya.
Sumber: Instagram nursajatkamaruzzaman
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source