Kita semua tahu Tanah Arab merupakan tapak awal berkembangnya agama Islam. Tapi pernahkah kalian terfikir, macam mana keadaan Tanah Arab sebelum terbitnya sinar Islam memancari bumi itu.?
Untuk faham keadaan Tanah Arab sebelum kedatangan Islam, kita kena tengok dulu garis masa sejarah Tanah Arab yang dapat dibahagi kepada tiga era utama: Era Arab Kuno, Era Jahiliyah, dan Era Islam.
Dalam trivia kali ini, penulis hanya akan fokus kepada era Arab Kuno.
Pada awalnya, Tanah Arab atau Semenanjung Arab (Jazīrat al-ʿArab) didiami oleh bangsa Negroid. Mereka kemudian dihalau dan diserang oleh puak yang dikenali sebagai Banu Qahtan. Banu Qahtan kemudian dirikan Kerajaan Ma’in (1200 – 650 SM) di Yaman.
Kerajaan ini kemudian diguling oleh Kerajaan Saba (950 – 115 SM) yang juga dibangun oleh Banu Qahtan. Raja-raja Kerajaan Saba terkenal sebagai pembina dan pedagang yang handal. Maka, istana dan empangan mula didirikan di Selatan Tanah Arab.
Antara yang masyhur ialah Empangan Ma’rib di Yaman. Empangan ini berhasil menyuburkan tanah setempat lantas menyumbang kepada kemajuan Banu Qahtan. Amalan pembinaan ini kemudian diteruskan oleh Raja-Raja dari Kerajaan Himyar yang menakluk Kerajaan Saba pada tahun 25 SM.
Selatan Arab pada ketika ini begitu makmur dan sejahtera dibawah Kerajaan Himyar. Sampaikan Yaman dikenali sebagai ‘Bumi Istana’ disebabkan banyaknya istana yang dibina oleh Kerajaan Himyar.
Dari sudut ekonomi, orang Arab Kuno berdagang dengan orang dari Asia Tengah, Mesir, Syria, Palestin, Parsi. Hal ini jadikan mereka sebagai pedagang bertaraf antarabangsa. Pertengahan abad ke-4 SM menyaksikan pereputan Kerajaan Himyar.
Antara faktornya;
i. Persaingan ekonomi dengan Rom
ii. keruntuhan Empangan Ma’rib
Persaingan ekonomi dengan Rom memecahkan monopoli Kerajaan Himyar di Laut Merah. Kerajaan Himyar tidak lagi jadi kuasa ekonomi besar. Manakala keruntuhan Empangan Ma’rib pula memicu reaksi berantai di serata Tanah Arab, mereka yang menetap di Yaman mula terpaksa berhijrah keluar.
Antara yang keluar ialah Puak Aus dan Khazraj, mereka ke Yathrib. Puak Banu Ghassan keluar ke Gurun Syria. Puak Tanukh ke Hira yang terletak di pinggir Empayar Parsi. Kaum Kindah serta puak lain berhijrah ke tengah Tanah Arab. Kaum Azd pula memilih untuk ke bahagian Bahrain.
Impak daripada siri migrasi puak-puak dari Selatan Tanah Arab ini mengakibatkan wujudnya ketegangan antara puak lantas melarat sampaikan mereka berperang.
Keruntuhan Kerajaan Himyar berpunca daripada tindakan Raja Himyar terakhir iaitu Dhu Nuwas yang menindas orang-orang Kristian di dalam jajahan takluknya. Orang Kristian yang tertindas memohon bantuan dari Maharaja Rom, Justin I. Maharaja Rom kemudian memohon bantuan dari Raja Aksum.
Raja Aksum kemudian hantar 70,000 tentera bagi memerangi Dhu Nuwas. Dhu Nuwas mangkat terbunuh dalam serangan tersebut. Kerajaan Himyar akhirnya tumbang di kaki Kerajaan Aksum.
Kerajaan Himyar runtuh sepenuhnya pada 525 M. Jauh sebelum memasuki era Islam, Tanah Arab ketika ini baru nak masuk Era Jahiliyah yang umum terkenal dengan sifat kepuakan tebal dan kronik yang membelenggu masyarakat mereka.
Oleh: Fakhry Harraz
—-
Nak tahu lagi Sejarah Islam dengan lebih lanjut?
Jom dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM !
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source