Kementerian Perpaduan setuju tubuh Majlis Sejarawan Negara


PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan Majlis Sejarawan Negara bagi menangani isu penyelewengan fakta sejarah yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara.
Menterinya, Aaron Ago Dagang, berkata keahlian majlis itu terdiri daripada pakar sejarah, ahli akademik dan badan bukan kerajaan yang berkaitan, sementara keurusetiaan adalah di bawah tanggungjawab Arkib Negara Malaysia (ANM).
“Ketika di peringkat antarabangsa, beberapa buah negara telah mempunyai majlis seperti ini, antaranya Filipina (The National Historical Commission of the Philippines), Amerika Syarikat (National Council on Public History), Perancis (Commission Nationale de l’Histoire) dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, fokus majlis tersebut adalah berkaitan aspek kajian, rujukan sumber, penulisan, penerbitan dan pendidikan sejarah serta advokasi.
“Sejarah penting kerana ia memberikan kita pemahaman tentang identiti dan budaya sesebuah masyarakat. Ia membolehkan kita belajar daripada kejayaan dan kesilapan masa lalu, membimbing keputusan masa kini dan masa depan.
“Selain itu, sejarah mengajar nilai-nilai seperti toleransi dan perpaduan, membantu kita menghargai pelbagai perspektif. Melalui pemahaman sejarah, kita dapat membina masyarakat yang lebih berpengetahuan dan berdaya tahan,” katanya.
Tambahnya, diyakini majlis yang bakal ditubuhkan itu dapat memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk masa depan negara melalui pemahaman yang mendalam terhadap sejarahnya.
“Melalui penubuhan majlis ini, Malaysia akan mendapat manfaat kerana mempunyai satu badan khusus yang memastikan fakta sejarah negara tidak dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mencadangkan agar sejarawan duduk bersama di bawah satu bumbung melalui Jawatankuasa Sejarah Negara ataupun Majlis Sejarawan Negara susulan isu penyelewengan fakta sejarah negara yang berlaku.
Katanya, majlis berkenaan harus menjadi badan autoritatif paling unggul untuk menentukan bahawa sejarah negara ini mesti ditulis berdasarkan fakta yang mengenepikan sebarang perbezaan terutama warna-warna ideologi politik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source