MIC yakin 80% pengundi India DUN Mahkota ‘pangkah’ Hussien


KLUANG: MIC mendakwa hampir 80% daripada pengundi India di DUN Mahkota akan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah pada PRK, 28 September depan.
Dianggarkan 8% daripada 66,318 pemilih di DUN terbabit adalah daripada komuniti itu manakala Melayu (56%), Cina (34%) dan lain-lain (2%).
Presiden MIC, SA Vigneswaran, berkata masyarakat India di kawasan itu sejak sekian lama telah memberikan sokongan kepada BN kerana yakin dengan pimpinannya dalam berkhidmat dan menjaga kebajikan mereka.
“Sebab itu saya yakin undi kaum India ‘solid’ kepada calon BN (Syed Hussein) nanti.
“Saya boleh katakan lebih kurang 75-80% undi pengundi kaum India di Mahkota akan berpihak kepada BN,” katanya pada majlis ramah mesra bersama komuniti India DUN Mahkota, semalam.
Majlis itu dihadiri Pengerusi BN Zahid Hamidi, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Syed Hussien.
PRK itu menyaksikan Syed Hussien berdepan saingan dua penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.
Pada PRN 2022, Sharifah Azizah dari BN menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (PN) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source