Selepas bersalin, isteri sangat memerlukan bantuan suami untuk uruskan diri seketika dan juga bayi yang baru lahir. Dalam tempoh 3 minggu pertama biasanya isteri tak berani nak lasak sebab masih lagi sakit di bahagian luka bersalin.
Sebagai persediaan emosi untuk ibu yang bakal melahirkan anak, tambah pula dengan keadaan PKP sekarang yang mengehadkan pergerakan, nak tak nak suami kena ringan tulang juga membantu isteri.
Berikut perkongsian dari Puan Nad Masrom, apa yang boleh suami tolong dan mudahkan isteri ketika dalam pantang.
Sekadar berkongsi pengalaman saya dijaga suami berpantang untuk empat orang anak selama ni. Sejujurnya saya lebih selesa berpantang dengan suami sebab lebih mudah.
Boleh tag suami masing-masing ya.
TIPS SUAMI JAGA ISTERI PANTANG
1. Kena tahu isteri mungkin trauma lepas bersalin
Isteri akan rasa tak selesa di luka jahitan atau tempat kencing. Bila nak duduk semua serba tak kena. Suami boleh standby bantal donut jika perlu. Memang selesa nak duduk posisi apa pun.
2. Sembelit
Ada sesetengah ibu takut nak buang air besar sampai sembelit. Pastikan isteri minum air cukup. Boleh juga beri nasi lembut, atau lauk yang berkuah, sayur dan buah-buahan yang mencukupi.
3. Belajar mandikan bayi
Kali pertama mungkin kekok. Tapi lama-lama nanti pasti ok. Kena ambil tahu juga cara cuci tali pusat, salin pampers dan sebagainya berkaitan bayi.
4. Belajar uruskan uri
Lepas isteri bersalin nanti, boleh ambil uri dan uruskan sebaiknya. Elakkan amalan kurafat waktu uruskan uri. Uruskan dengan cara yang betul.
5. Belajar masak lauk pantang
Lauk pantang ni simple je yang penting seimbang. Jangan bagi isteri makan nasi + ikan bilis je. Pastikan protein cukup, serat (sayur atau buah) lengkap. Masak lauk air ke, bakar ke terpulang. Yang penting sihat.
6. Teknik asas urutan
Kena tahu cara urutan untuk rangsang pengeluaran susu. Time pkp ni nak panggil tukang urut pun risau, suami kenalah ringan tangan urut satu badan isteri juga lepas bersalin. At least sapu minyak panas kat kaki atau kepala isteri.
7. Emosi isteri jadi tak keruan
Perubahan hormon yang drastik lepas kelahiran menyebabkan isteri kadang-kadang sedih, takut, risau dan susah tidur. Isteri bukan mengada. Prihatin pada keperluan emosi isteri masa ni.
8. Jaundis
Mitos dan jaundis tak dapat dipisahkan. Sebagai suami, ambillah tahu bagaimana jaundis berlaku dan bagaimana bilirubin disingkirkan.
Teknik penyusuan perlu betul dan kalau staff kesihatan yang suruh topup susu formula, tolonglah check dulu betul tak isteri kalian menyusu sebelum main top up je. Ada banyak masalah lain yang muncul nanti.
9. Bayi menangis
Bayi menangis bukan semata tak cukup susu. Ada banyak sebab lain. Jadi suami, janganlah asyik cakap bayi tak cukup susu. Cuba check pampers, bayi selesa tak atau mungkin bayi cuma nak ditenangkan sahaja.
10. Bengkak susu
Bengkak susu mungkin akan berlaku jika penyusuan lewat dimulakan lepas kelahiran. Bantu isteri marmet dan buat demahan panas supaya bengkak susu dapat diredakan dan memudahkan proses penyusuan.
11. Pantau isteri menyusu
Menyusu ni memang akan menyebabkan isteri mudah tertidur sebab kesan hormon oksitosin. Pantau isteri supaya penyusuan berlaku dalam keadaan selamat.
12. Snack sihat
Menyusu menyebabkan selera makan isteri bertambah luar biasa. Berikan snack sihat untuk isteri yang kerap makan seperti jagung rebus, kacang kuda, buah-buahan supaya emosi isteri stabil dan boleh elakkan depresi juga waktu berpantang.
13. Rengat
Waktu menyusu pada peringkat awal kelahiran, ibu akan rasa sakit kerana hormon oksitosin yang mengeluarkan susu akan mengecutkan uterus juga. Jadi suami perlu empati dengan isteri.
14. Bayi kerap menyusu
Susu ibu ni mudah cerna berbanding susu formula. Jadi normal bayi akan kerap rasa lapar dan kerap menyusu. Isteri memang akan penat jika tak bersedia mental dan emosi. Urut-urutlah isteri bila perlu.
15. Pastikan luka jahitan isteri bersih
Kalau isteri yang kali pertama melahirkan, mungkin takut nak cuci luka jahitan. Suami boleh bantu. Pastikan luka jahitan sentiasa bersih dan kering untuk elakkan jangkitan.
16. Beri isteri ‘ME TIME’
Isteri nak mandi mungkin lama sikit dalam keadaan baru lepas bersalin. Kalau ada susu perahan, suami boleh bantu beri susu juga. Saya cadang guna cup atau sudu. Kalau nak guna syringe, pastikan bayi tak tersedak.
17. Bercukur dan akikah
Suami boleh cukurkan rambut bayi sendiri pada hari ke-7 kelahiran dan buatlah akikah jika mampu. Ni cara suami saya, guna pisau cukur dan gunting sahaja. Biasanya selesai dalam tempoh setengah jam.
Kesimpulannya, sepanjang berpantang ini yang cukup tidurnya : SAYA. Yang tak cukup tidurnya: SUAMI SAYA. Saya hanya bangun malam untuk menyusukan bayi sambil suami pantau saya tanpa diminta.
Apa pun, sekecil mana usaha suami, hargailahnya sebaik mungkin. Mungkin suami kita masak tak sesedap ibu kita masak, tapi tetap dia usahakan untuk beri yang terbaik buat isterinya yang sedang berpantang. Selagi Allah masih pinjamkan dia untuk kita, bersyukurlah sebaiknya.
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source