CMCF bangun garis panduan kandungan berkait bunuh diri


KUALA LUMPUR: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sedang membangunkan garis panduan pelaporan dan perkongsian kandungan berkaitan bunuh diri secara beretika.
Kementerian Komunikasi menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat memaklumkan, usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Negara (NCEMH).
Garis panduan berkenaan antara lain bertujuan menggalakkan amalan kandungan bertanggungjawab yang seimbang antara hak masyarakat untuk mengetahui maklumat dan keperluan mengelakkan mudarat.
CMCF juga memaklumkan bahawa mereka menjalankan kerjasama erat dengan penyedia perkhidmatan seperti Meta dalam menjalankan program Creators IRL, bertujuan melengkapkan pencipta kandungan dengan pengetahuan, alat dan pengalaman bagi menangani ancaman dalam talian dan menghasilkan kandungan selamat dan bermanfaat.
“Perkongsian kandungan berkaitan bunuh diri secara bertanggungjawab dan kepentingan kesihatan mental dalam mengharungi dunia dalam talian turut menjadi sebahagian daripada modul CMCF untuk program itu,” menurut jawapan bertulis itu.
Ia bagi menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) mengenai rancangan kementerian untuk turut bekerjasama dalam inisiatif tiga syarikat media sosial terbesar iaitu Meta, Snap dan Tiktok bersama The Mental Health Coalition dalam membentuk satu inisiatif dipanggil Thrive bagi membendung kandungan bunuh diri dan berkaitan kesihatan mental.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source