Belanjawan 2025 beri nilai tambah kepada Pahang, kata MB


KUANTAN: Kerajaan Pahang menyifatkan beberapa projek diperuntukkan secara khusus kepada negeri itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 akan menjadi nilai tambah serta memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata peruntukan pelbagai projek itu sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap keperluan Pahang sebagai negeri luas dengan potensi besar dalam sektor pelancongan, pertanian dan perindustrian.
“Saya mewakili rakyat Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih dengan beberapa projek yang dikhususkan untuk Pahang yang secara langsung memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri ini,” katanya dalam kenyataan.
Antara projek yang diperuntukkan secara khusus itu ialah pembinaan IPK Pahang, menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau Rompin serta pencalonan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk Tapak Lombong Bijih Timah Sungai Lembing.
Projek lain termasuk Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi melibatkan sungai di Pahang, pembinaan dan pembaikan jalan kampung di daerah Lipis serta pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands dengan menaik taraf jalan dari bulatan McDonalds ke persimpangan Brinchang.
Wan Rosdy menyifatkan peruntukan Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion komitmen besar Putrajaya dalam memastikan pembangunan seimbang dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Belanjawan 2025 yang dibentangkan semalam yang tertinggi dalam sejarah negara dan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim serta terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada RMK13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source