19 pelajar tebusan, seorang pelajar mati dalam insiden tragis dan 1 pesalah yang menjadi suspek.
Kalau korang tak tahu plot drama bersiri mana satukah ini, where have you been?!
Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi yang diadaptasi daripada drama bersiri Jepun, Mr Hiiragi’s Homeroom telahpun mencipta fenomena apabila ditonton meluas di Malaysia.
Drama arahan Michael Ang sebanyak 20 episod ini mengambil plot cerita seakan sama bagi menghormati naskah asal tersebut namun diberikan sedikit twist demi mencipta kelainan serta kejutan.
Sedikit mengenai jalan ceritanya, ia mengisahkan tentang misi guru pendidikan seni di Sekolah Raja Ishak, Cikgu Hiragi (Nadhir Nasar) yang menahan 19 orang pelajarnya di dalam kelas mereka sebagai tebusan untuk merungkai misteri dan mencari kebenaran di sebalik kematian salah seorang pelajar kelas tersebut iaitu Reena (Qist Rania).
Misi tersebut mendedahkan pelbagai konflik psikologi dalam kalangan pelajarnya dan ia menyentuh pelbagai isu yang relevan dalam kalangan pelajar sekolah sekarang termasuklah isu buli, persahabatan, komplot, nilai tanggungjawab dan macam-macam lagi.
Ini juga merupakan julung kalinya sejumlah finalis daripada pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja disatukan semula dalam satu set penggambaran. Balik sekolah lah ni! Dalam banyak-banyak watak yang dimainkan, watak manakah yang paling sama dengan diri korang?
Ashraf (Evertts Gomes)
Ashraf dan pelakon yang menjayakan karakter tersebut, Evertts Gomes merupakan penari sejak zaman sekolah. Kedua-duanya juga merupakan pelajar nakal di sekolah tetapi mempunyai akal geliga.
Cumanya, Ashraf mempunyai karakter sebagai ketua geng buli. Kalau ada figura nakal di sekolah, memang muka Ashraf! Selain gemar mengacau pelajar lain, Ashraf juga tidak gentar dengan kehadiran guru. Masuk kelas lambat tu jangan cakaplah, selalu!
Sofia (Arena Wan)
Umpama valedictorian dalam sesebuah kelas, Sofia lakonan Arena Wan merupakan seorang gadis yang sangat baik, comel dan ringan tulang. Cikgu Hiragi juga amat senang dengan perwatakan Sofia itu. Namun disebabkan sudah terbiasa sebegitu, Sofia menjadi seorang yang tidak berani menyuarakan pandangan.
Lebih gemar berdiam diri daripada membela diri, dia sering disalah anggap sebagai ‘lalang’. Sofia bagaimanapun akan bangun dan speak up demi rakan tersayangnya apabila terus digasak hingga melepasi hadnya.
Reena (Qistina Rania)
Merupakan seorang atlet popular melebihi peringkat sekolah, ia merupakan satu kelebihan yang ada pada watak Reena lakonan Qistina Rania. Malangnya, kelebihan tersebut juga menjadi penyebab kepada dirinya dibuli dan dibenci oleh rakan sekolah. Ada yang sekadar ingin mempergunakannya sahaja demi meniti tangga populariti. Ada juga yang cemburu dengan kejayaannya dan Reena dibuli hingga ke hujung hayatnya.
Apapun, satu nilai positif yang kekal dengan diri Reena adalah dirinya setia dengan rakan yang baik dan menyayanginya sebagai Reena, bukannya Reena sang atlet berjaya.
Liyana (Cahaya Nilam)
Orang kata, do not judge a book by its cover. Liyana nampak sahaja ibarat puteri tetapi hakikatnya, dalaman watak yang dijayakan oleh pendatang baharu, Cahaya Nilam ini cukup tersiksa. Biarpun dilahirkan dalam keluarga berada, jiwanya kosong apabila ibu bapa Liyana sekadar menabur wang padanya tanpa memberikan kasih sayang sepenuhnya. Senang cerita, anak orang kaya terbuang. Oopss.
Sebab itulah, Liyana bersifat bengis terhadap rakan sekelas dan hanya mendekati rakannya, Icha untuk menumpang kasih sayang keluarga Abby. Money definitely cannot buy a person the happiness she deserves.
Icha (Elyshia Abegail)
Bercakap mengenai Icha lakonan Elyshia Abegail a.k.a Abby, dia merupakan seorang rakan yang bergaul dengan pelajar daripada keluarga berada lain biarpun dikatakan tidak sekufu dengan mereka. Bukan sekadar berkawan baik, setia pula tu dengan persahabatan mereka yang terjalin. Icha jelas merupakan seorang yang secure dengan siapa dirinya.
Selain itu, Icha juga adalah seorang rakan yang function. Hehe… Disebabkan sifat protective yang dimiliki Icha, dia akan mengenepikan ketakutan dalam diri dan sanggup berkorban untuk kebaikan semua. Pintu pun dia boleh rebahkan tau!
Alisya (Arabella Ellen)
Boleh bayangkan tak kalau seseorang itu bersikap gangster walaupun berpenampilan sebagai seorang gadis comel? Haa… kalau korang mengenali seseorang seperti ini (ataupun ia merupakan diri korang sendiri), Alisya is your doubleganger!
Sebagai pembuli perempuan di dalam kelas tersebut, Alisya lakonan Arabella Ellen bukanlah contoh yang baik untuk sesiapa contohi. Namun apa yang kami gemari mengenai Alisya ialah sikap cool yang dimilikinya. Tidak perlu try hard pun.
Irwan (Razin Qidran)
Berbeza dengan Alisya, Irwan lakonan Razin Qidran merupakan seseorang yang terpaksa acah cool dan ingin menjadi hero dalam kalangan rakan sekelas. Hakikatnya, Irwan merupakan seorang pengecut dan sanggup untuk menggadaikan nilai persahabatan untuk menyelamatkan dirinya. Haih…
Irwan juga bersikap memilih kawan. Assabiyah dia ni gaiss… Disebabkan itulah dia hanya mendekati pelajar dengan kekuatan fizikal seperti Ashraf dengan harapan untuk menjadi geng terbaik di dalam kelas tersebut.
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source