Setelah dua tahun dikekang daripada melakukan aktiviti outdoor secara meluas, REMAJA pasti ramai yang sudah boleh menarik nafas lega dan merasa teruja apabila kelonggaran semakin diberikan kepada kita.
Salah satu aktiviti yang kembali rancak dilangsungkan adalah aktiviti mendaki bukit serta gunung di segenap pelusuk negara. Baik pendaki tegar mahupun si newbie memilih untuk melakukan aktiviti hiking bukan sahaja demi meluangkan masa lapang.
Malah ia juga menerbitkan rasa lega dan kepuasan dalam diri masing-masing setelah tiba di puncak di samping bermanfaat untuk kondisi kesihatan sendiri.
Namun, bagi yang baru ingin berjinak-jinak menjadi hiker, jangan pula korang tersilap langkah. Lakukan lima persediaan rapi ini agar pengalaman hiking korang bertambah lancar.
KASUT
Dengarnya seperti item nombor satu yang perlu berada dalam senarai seorang hiker sebelum memulakan aktiviti bukan? Tapi percaya tidak, ramai sebenarnya yang selalu memandang rendah keperluan memakai kasut bersesuaian untuk mendaki. Ada yang pakai kasut tenis lah, lifestyle sneakers lah.. Sekiranya tiada bajet tinggi sekalipun, kasut korang perlulah dari jenis yang betul.
MAKANAN
Hhm, betul ke tak boleh makan banyak-banyak sebelum mendaki? Jawapannya adalah.. benar! Jangan pula korang ‘melantak’ nasi atau makanan berat sebelum mendaki, takut-takut ‘pancit’ pula semasa dalam perjalanan nanti.
Korang bolehlah mengambil makanan seperti bijiran sebelum bertolak. Manakala semasa dalam pendakian, sediakan makanan ringan seperti coklat, energy bar dan air isotonik bersesuaian kerana ia memberikan tenaga dan mengelakkan bahagian badan daripada kekejangan.
STAMINA
Hendak beraktiviti outdoor bukan? Korang perlulah pastikan sekurang-kurangnya melakukan senaman ringan selama 10 ke 15 minit sebelum pendakian agar stamina korang lebih mudah bertahan. Ia juga mengelakkan otot badan sesekali kejang. Susah pula nanti nak bawa korang naik dan turun bukit.
JAM TANGAN
Banyak sebenarnya gajet berguna untuk korang miliki sebagai seorang hiker sepeti headlamp (jika pendakian melibatkan waktu malam, bila cuaca mendung atau di kawasan hutan tebal), alat bunyian seperti bluetooth speaker sebagai guide dan jam tangan digital khas bagi aktiviti lasak!
Ya, ada kelebihan jika korang memiliki jam tangan digital ini. Salah satu model yang REMAJA sempat mencuba sendiri adalah Amazfit GTS 4 Mini ini. Didatangkan dengan paparan 1.65 inci 2.5D AMOLED melengkung, resolusi 336 x 384 pixels serta ‘PPI density) 309.
Skrin hadapan sedikit melengkung dan memberikannya ‘premium feel’ kepada pemakai. Manakala bahagian belakangnya pula diperbuat daripada plastik matte yang lebih mudah untuk bertahan lama selepas penggunaan beberapa bulan.
Okay cukup mengenai rupa parasnya, jom sentuh tentang fungsi Amazfit GTS 4 Mini pula. Jujurnya, penulis merasa terkejut apabila mengguna pakai software Amazfit sama ada Watch-UI atau UI-nya. Ia terasa ‘smooth’, tersusun dan mesra pengguna.
Oh ya, korang perlu memuat turun aplikasi Zepp sama ada korang ialah pengguna iPhone atau Android. Apps ini boleh menunjukkan data seperti kiraan degupan jantung, kalori yang terbakar dan data GPS. Ia juga dilengkapi fungsi Alexa yang boleh diakses menerusi mikrofon built-in.
Selain itu, Amazfit GTS 4 Mini turut menawarkan beberapa sensor berguna kepada hiker seperti 3-Axis Accelerometer, Optical Heart Rate Sensor, Sp02 bagi menentukan tahap ketepuan oksigen dalam darah serta – get this – Stress Monitoring!
Tapi ingat, ini hanyalah jam tangan digital. Oleh itu, ia hanya memberikan figura kasar sahaja. Jika korang terasa tidak sihat selepas mendaki, kami sarankan untuk segera ke klinik kesihatan terdekat.
Overall, penulis berpuas hati dengan ke ketepatan data yang diberikan. Lagipula, Amazfit menanjukan jangka hayat bateri 15 hari dengan penggunaan biasa manakala hayat bateri 8 hari pula sekiranya ia digunakan secara heavy. Tidak rugi bagi korang dapatkannya pada harga RM399 dengan waranti selama setahun.
SETIAKAWAN
Benar, ada sahaja pendaki yang menaiki hingga ke puncak secara bersendirian sekiranya dia sudah terbiasa dengan selok-belok kawasan tersebut. Begitupun sebagai seorang newbie, jangan berangan untuk bertindak sedemikian!
Bukan sahaja ia merbahaya, malah korang juga akan kehilangan peluang untuk mengalami nikmat sebenar semasa hiking iaitu semangat setiakawan!
Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing. Usahlah mementingkan diri seperti ingin bergerak pantas hingga meninggalkan rakan yang lain. Aktiviti hiking akan lebih bermakna apabila ia dapat menggembirakan kesemua ahli yang hadir pada hari itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source