Hidangan Tradisi & Menyelerakan Untuk Iftar. Empat Hotel Di Lembah Klang Sajikan Menu Nostalgia Sepanjang Ramadan.
Ada hari rasa nak berbuka puasa di luar dengan keluarga atau teman-teman, bolehlah jadikan empat hotel ini sebagai pilihan untuk iftar.
Nikmati Hidangan ‘Anugerah Warisan’ di InterContinental Kuala Lumpur
Bertemakan Anugerah Warisan, Hotel InterContinental Kuala Lumpur menyajikan hidangan dengan citarasa autentik tempatan dengan sentuhan gaya Timur Tengah. Menampilkan resipi tradisi turun temurun, tetamu berpeluang untuk menikmati aneka juadah istimewa dari negeri Melaka seperti Asam Pedas Kepala Ikan Merah, Ikan Bakar Arang ala Parameswara Melaka, Nyonya Curry Laksa dan banyak lagi.
Turut ketengahkan hidangan istimewa lain seperti Kaki Lembu yang dipanggang dengan api perlahan selama 8 jam dan diperap dengan sos dan campuran herba yang istimewa.
Tak dilupanakan hidangan kampung lain yang pastinya akan mengujakan para tetamu seperti Siput Sedut Masak Lemak, Daging Dendeng Berlado dan pelbagai lagi.
Untuk citarasa Timur Tengah, para tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan panggang yang lazat seperti, Kambing Ouzi Arab, Kambing Kabsa Arab & Madghout Kambing, sementara Pembakar Shawarma Autentik InterContinental menampilkan Shawarma Ayam & Daging Lembu Lebanon yang menggiurkan.
Bufet Iftar berlangsung dari 13hb Mac hingga 9hb April 2024.
Harga Bufet:
RM278nett untuk Dewasa
RM168nett untuk Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah – Percuma
Hidangan Tradisional & Antarabangsa Bertemakan ‘Destinasi Rasa’ di Mardhiyyah Hotel & Suites
Menawarkan lebih 50 hidangan tradisional Melayu asli dan antarabangsa sebagai juadah berbuka dengan tema Destinasi Rasa. Antara hidangan yang istimewa dan perlu dicuba tentulah Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Tulang Merah Singapore dan Roti Paun, Bubur Lambuk Daging Rusa dan Gulai Lemak padang Urat Keting.
Menu bufet yang lain tidak kurang hebatnya. Tetamu turut disajikan dengan station Nasi Kandar dengan pelbagai pilihan lauk, menu antarabangsa daripada pasta, pizza, Dim Sum dan banyak lagi.
Yang suka dengan Gulai Kawah, jangan lupa singgah dan nikmati beberapa gulai yang cukup enak seperti Daging Tetel bersama Umbut Kelapa dan Lemak Cili Padi Itik Dengan Rebung. Pilihan seleksi pencuci mulut yang juga cukup menggiurkan dan melengkapkan juadah berbuka puasa
Bufet iftar bermula 13 Mac hingga 8 April 2024
Harga Bufet:
Royale Songket & Tung Yuen Chinese Restaurant
RM165 Dewasa
RM120 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM100 Kanak-kanak (5-11 tahun)
Masakan Melayu Tradisional ‘Selera Serambi’ di Farfield by Marriott Kuala Lumpur
Restoran istimewa hotel ini, Lesung, menawarkan suasana yang sempurna untuk “berbuka puasa” sambil menikmati suasana yang indah dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan Malaysia yang menyelerakan.
Selera Serambi dipilih sebagai tema bufet tahun ini di mana ia mewakili tempat yang selesa untuk menjamu selera atau berbuka puasa. Memfokuskan kepada hidangan tempatan yang sesuai dengan citarasa citarasa Malaysia
Pilihan menu menarik seperti Nasi Putih Tiga Dara, Kambing Kurma Hang Jebat, Sambal Udang Petai, Kerang Rebus Lengkuas Muda, dan hidangan menyelerakan lain disediakan untuk pilihan tetamu. Menu istimewa tahun ini adalah Temerloh Patin Tempoyak, Kambing Bakar, Dukun Sup Tulang dan Ikan Bakar Sambal Petai.
Bufet Iftar bermula dari 14hb Mac hingga 7hb April 2024
Harga bufet:
RM158nett Dewasa
RM118nett Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun)
4. Pelbagai Pilihan Menyelerakan ‘Santapan Warisan’ Di KSL Esplanade Hotel
Aneka Pilihan hidangan kampung yang cukup menyelerakan dan mengembalikan nostalgia buat tetamu yang berbuka puasa di KSL Esplanade Hotel, Klang pada tahun ini. lebih daripada 100 menu boleh dinikmati oleh tetamu yang berbuka puasa di sini
Menampilkan hidangan tradisi dari setiap negeri di Malaysia, Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Aya dari Terengganu, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Ayam dengan Rebung dari Pahang, Asam Pedas Tetel, Asam Pedas Tenggiri dari Melaka, Aneka pilihan masak lemak cili padi dari Negeri Sembilan dan banyak lagi pilihan untuk dipilih sebagai juadah berbuka.
Turut menyajikan hidangan istimewa iaitu Kambing Panggang, Sup Gear Box dan banyak lagi yang dimasak secara segar di kiosk-kiosk bahagian luar restaurant. Tetamu turut dihidangkan dengan pilihan air balang untuk yang cukup unik dan enak bagi menghilangkan haus setelah seharian berpuasa.
Bufet Iftar bermula dari 16hb Mac hingga 9hb April 2024
Harga Bufet:
RM138nett Dewasa
RM108nett Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM88nett Kanak-kanak (4 hingga 11 tahun)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source