KPDN timbang guna ‘nombor kumpulan’ pada minyak peket


PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menimbang menggunakan nombor kumpulan (batch number) pada minyak masak peket sebagai antara langkah mengekang ketirisan barang bersubsidi itu.
Timbalan Menteri Fuziah Salleh, berkata kaedah itu memudahkan pengesanan ketirisan selepas ia keluar daripada peruncit, pemborong, dan pembungkus.

“Sebab sistem kita, ada daripada (kilang) pembungkusan (minyak masak) kepada pemborong kepada peruncit, tetapi apabila kita jumpa jenama itu berada di tempat yang tak sepatutnya contohnya di luar negara, macam mana kita hendak tengok dia siapa yang salah.
“Jikalau, kita kesan kepada kilang pembungkus minyak masak, mereka (kilang pembungkusan minyak masak) kata mereka pergi pada pemborong,” katanya menurut Sinar Harian selepas satu program di Kedah.
Fuziah berkata, setakat ini penggunaan nombor kumpulan pada minyak masak peket itu sekadar cadangan, namun belum dilaksana.
“Namun, sudah ada syarikat-syarikat yang melaksanakannya, mungkin kita mengambil sebagai amalan terbaik dan mungkin kita akan kaji lebih mendalam, (serta) mungkin ini merupakan satu jalan penyelesaian (isu ketirisan),” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source