Sejak bahagian pertamanya mula ditayangkan pada 1 November lalu, drama Astro Originals terbaru berjudul Projek: Exit telahpun meraih perhatian ramai disebabkan mesej penting yang amat relatable dengan generasi muda zaman ini.
Drama bersiri lakonan Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberly Chuah ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang merancang untuk melarikan diri daripada penempatan pusat rehabilitasi juvana yang dilengkapi sistem sekuriti bertaraf tinggi.
Biarpun luarannya kelihatan normal, masing-masing pernah atau sedang berdepan isu kesihatan mental serius termasuklah depresi, perasaan cemas atau anxiety serta keinginan untuk membunuh diri akibat pengalaman masa lampau yang malap mahupun hubungan kekeluargan sulit yang mereka hadapi.
Rata-rata isu seperti ini selalu kedengaran dalam kalangan remaja di Malaysia sendiri seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Justeru, keberanian Astro Originals untuk mengangkat isu seberat ini untuk memberi pendedahan dan kesedaran meluas kepada khalayak masyarakat seharusnya dipuji.
Tambah menarik apabila tema drama Projek: Exit ini tidak terhenti dalam skop lakonan fiksyen sahaja.
Baru-baru ini, pengguna aplikasi X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) mula menyedari klip pendek yang berlegar di timeline mereka. Ia menampakkan pelakon Mierul Aiman dan Shasha Abedul memberikan kata-kata semangat kepada pengguna X yang meluahkan perasaan menerusi ruangan status mereka.
Tuntas salah seorang pengguna X iaitu @tattyhassan, sebaik menonton episod pertama Projek: Exit air matanya sudahpun mengalir disebabkan faktor relatability antara karakter drama itu dengan pengalaman peribadinya atau orang di sekeliling.
“Jika anda pernah merasai depresi atau rasa cemas kronik, anda akan memahami dan merasai apa yang watak utamanya lalui. Cuma rasa ingin lepaskan diri dan ingin hentikan kesakitan itu,” ciap pengguna tersebut.
Dek kerana menyertakan tanda pagar #ProjekExit dalam ciapannya itu, Tatty memperolehi balasan daripada akaun X rasmi Astro Malaysia dengan klip pendek watak lakonan Shasha Abedul, Jannah dengan pesanan ringkasnya.
#ProjectEXIT 💖💪🏼 pic.twitter.com/iyeqpBk6JH
— Astro Malaysia (@astroonline) November 11, 2024
Nampak dan kedengaran seperti Shasha yang sebenar memberikan pesanan bukan?
Haa, kalau korang nak tahu, pesanan tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan kepakaran Artificial Intelligence atau A.I!
Berikut merupakan beberapa lagi ciapan balas menggunakan teknologi A.I ini.
Hantaran-hantaran ini adalah sebahagian daripada misi kempen promosi drama Projek: Exit dan Astro Malaysia untuk memberikan sokongan moral dan positiviti di platform media sosial popular seperti X kepada warganet yang merasa sedih, kecewa dan cemas dengan kehidupan masing-masing. Ia juga bertujuan menghulurkan bantuan dan menunjukkan bahawa mangsa tidak keseorangan.
Klip A.I tadi dijana menggunakan sistem pemantauan sosial bagi mengenal pasti perkongsian beremosi. Teknologi A.I ini dilatih menggunakan rakaman suara dan aksi video pelakon. Lalu, klip-klip responsif itu akan meniru gaya dan nada pelakon tadi.
Hebat kan! Bak kata Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro iaitu Tai Kam Leong, teknologi sememangnya boleh membawa kita ke haluan yang lebih baik dan positif sekiranya digunakan dengan tepat.
“Kami percaya kandungan bukan sekadar tontonan tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan.
“Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi; kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” ujar beliau.
BACA: Naim Daniel Sanggup Korbankan Rambut Demi Project: Exit – REMAJA
Buat masa ini, Astro Malaysia telah menghasilkan 50 respon pada setiap hari kepada pengguna X yang menyertakan tanda pagar #ProjekExit tadi dan dilihat pada respon yang aktif, dikatakan lebih 100 respon telah dihasilkan dan mendapat RT yang meluas terutama dari beberapa selebriti.
Sebagai info, Projek: Exit Bahagian 1 telahpun ditayangkan bermula 1 November lalu dan merangkumi episod 1 hingga 4. Sementara itu, Bahagia 2 (episod 5 dan 6), bahagian akhir pula akan disiarkan padda 15 November ini. Korang bolehlah check out drama bersiri ini secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan di aplikasi sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source