PTPTN ringan beban pelajar asnaf USM


PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan bantuan kepada seorang pelajar asnaf Universiti Sains Malaysia (USM) sebanyak RM1,000 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi meringankan bebannya.
Bantuan disampaikan Pengerusi Norliza Abdul Rahim bersama Pengarah PTPTN Pulau Pinang Muhammad Muhsin Abdul Rahman di kediaman pelajar itu di Penaga.
Ia adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dinamakan Program Ziarah Kasih PTPTN.
Program itu bertujuan menyantuni golongan asnaf terutama komuniti pelajar dalam memperkukuh hubungan dan menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat khususnya mereka yang terkesan akibat cabaran ekonomi dan sosial.
PTPTN berkata, pelajar itu Muhammad Danial Hamzah adalah anak sulung daripada lima beradik yang dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan dan dihimpit pelbagai rintangan hidup termasuk mempunyai seorang adik orang kurang upaya (OKU) berusia 19 tahun.
Ibu kepada pelajar itu juga merupakan ibu tunggal yang kematian suami pada 2022 akibat masalah jantung.
“Meskipun begitu, semangat dan dedikasi Danial untuk berjaya dalam hidup tidak pernah pudar. Beliau (Danial) juga merupakan pelajar semester tiga, program ijazah sarjana muda sains gunaan (kepujian) (biologi gunaan) USM turut menerima bantuan zakat Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan.
PTPTN berharap sumbangan itu memberi peluang kepada Danial untuk terus fokus kepada pelajaran serta mencapai cita-cita diimpikan.
Sementara itu, Norliza berkata PTPTN terharu dapat membantu pelajar tersebut dalam perjalanan pendidikannya.
Katanya, ini merupakan bukti komitmen PTPTN untuk menyokong setiap pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam hidup.
“Melalui Program Ziarah Kasih ini, PTPTN dapat memberi sedikit kegembiraan kepada keluarga yang kurang bernasib baik serta memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dalam pendidikan mereka.
“PTPTN juga berharap masyarakat lebih peka terhadap keperluan golongan memerlukan di sekitar komuniti mereka,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source