Korea adalah antara negara yang membanggakan bahasa ibunda mereka dan kerana itu mungkin kebanyakan daripada mereka tidak pandai berbahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Jika melancong ke Korea, kita mungkin mempunyai kekangan bahasa untuk berkomunikasi, namun masyarakat disana tetap berusaha untuk memberi bantuan sekiranya ada pelancong yang bertanya.
Walau bagaimanapun, bukan semua masyarakat disana tidak pandai berbahasa Inggeris. Selain daripada pelajar, golongan selebriti juga ada yang fasih berbahasa Inggeris kerana masing-masing mempunyai latar belakang seperti pernah menetap atau pun belajar di luar negara.
Berikut kami senaraikan antara beberapa selebriti Korea yang bukan hanya cantik dan tampan, malah fasih berbahasa Inggeris.
1. Choi Woo Shik
Semasa umurnya 11 tahun, Choi Woo Shik dan keluarganya berhijrah ke Vancouver, Kanada sehingga umurnya mencecah 21 tahun. Dia kemudiannya pulang ke Korea untuk menyertai sesi ujibakat lakonan. Pelakon lelaki yang pernah ditemubual dalam rancangan Star English ini juga mengakui bahawa satu ketika dahulu dia memang lebih selesa berbahasa Inggeris, namun kini dia lebih memilih untuk bertutur dalam bahasa Korea.
2. Shin Se Kyung
Shin Se Kyung tidak pernah menetap di luar negara, namun dia membuktikan kemampuannya untuk berbahasa Inggeris. Dia tidak pernah menunjukkan kemahirannya berbahasa Inggeris sehinggalah muncul dalam rancangan Pocha Beyond Borders.
3. Kim Ji Suk
Walaupun sering melakonkan watak lucum Kim Ji Suk sebenarnya fasih berbahasa Inggeris kerana dia pernah bersekolah di luar negara. Pelakon ini juga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan Inggeris dan Jerman.
4. Park Min-Young
Personaliti wanita ini tidak selalu menunjukkan kemahirannya berbahasa Inggeris dalam drama lakonannya. Park Min-Young pernah menuntut di luar negara dan kerana itu dia juga fasih berbahasa Inggeris. Malah, aktres ini juga mempunyai nama Inggerisnya, iaitu Rachel.
5. Blackpink
Oleh kerana ada diantara mereka yang bukan berasal dari Korea, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka boleh menguasai lebih daripada satu bahasa. Jennie juga pernah bersekolah di New Zealand selama 5 tahun. Ayah Lisa berasal dari Swiss dan menjadikan dia sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
6. Park Bo Gum
Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, artis Korea ini mengejutkan peminat kerana dia fasih berbahasa Inggeris sewaktu mengadakan gathering bersama peminatnya di Filipina. Park Bo Gum dilihat dapat menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan lancar.
7. RM BTS
Selebriti Korea ini ternyata pandai berbahasa Inggeris selepas menonton siri Friends. Menurutnya, percakapan pelakon dalam siri itu sangat jelas dan mudah difahami. Oleh yang demikian, RM sering menjadi wakil kumpulan BTS ketika perlu menjawab temubual dalam bahasa Inggeris.
8. Taecyeon 2PM
Pelakon dan ahli kumpulan 2PM ini mempunyai accent Amerika apabila bertutur dalam bahasa Inggeris. Taecyeon pernah bersekolah di Amerika Syarikat dan kadangkala dia juga diminta untuk membantu agensi memeriksa grammar dalam lirik lagu.
9. Han Ye-seul
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pertama bagi Han Ye- seul. Selebriti ini lahir dan membesar di Los Angeles dan mempunyai nama Inggerisnya, Leslie. Selepas menamatkan pelajaran di AS, Han Ye-seul berpindah ke Korea untuk mengejar kariernya dalam bidang modeling.
10. Gong Yoo
https://www.youtube.com/watch?v=EqTNibgy8WA
Walaupun tidak pernah belajar di luar negara, pelakon utama Goblin ini mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Inggeris sendiri. Dalam satu temubual, Gong Yoo dipuji peminat kerana accent Amerikanya kedengaran sangat baik. Dia telah membuktikan, walaupun belajar sendiri, dia masih mampu untuk berbahasa Inggeris dengan baik.
11. Kang Sora
Sora menjelaskan bahawa dia membesar dengan banyak menonton animasi Disney dan dari situlah dia selalu belajar bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai hobi.
12. Bae Doona
Pelakon ini bukan hanya berkarya di Korea Selatan, malah dia juga pernah membuat penampilan besar di Hollywood dalam filem Cloud Atlas, Jupiter Ascending dan siri Sense8. Dengan pengalaman tersebut, maka tidak hairanlah jika Bae Doona boleh fasih berbahasa Inggeris.
13. Rain
Bintang Full House ini juga pernah muncul di Hollywood dengan filem Ninja Assassin yang ditayangkan pada tahun 2009.
14. Siwon
https://www.youtube.com/watch?v=p7jdaBnGcQE
Bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, Siwon juga rupa-rupanya pandai bertutur dalam bahasa Mandarin. Lihat sahaja video temubual ini, Siwon dilihat sangat lancar bertutur dalam bahasa Mandarin juga.
15. Ahn Hyoseop
Ahn Hyoseop melihatkan kemampuan bahasa Inggerisnya ketika tampil dalam Flower Boy Bromance bersama Jackson GOT7. Lebih mengejutkan lagi, selebriti ini rupanya pernah menetap di Toronto, Kanada. Hyoseop akhirnya kembali ke Korea untuk mengejar impiannya menjadi seorang selebriti.
Seringkali menonton drama Korea, tidak pernah pula kita menyangka bahawga ramai juga dikalangan selebriti mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source