Lembaga disiplin PKR serah pada MPP tindakan ke atas Hassan


PETALING JAYA: Lembaga disiplin PKR serah kepada majlis pimpinan pusat (MPP) untuk memutuskan tindakan yang akan diambil ke atas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, yang dikatakan dirujuk berhubung kritikan terbuka terhadap kerajaan.
Pengerusi Tan Yee Kew menjelaskan perkara tersebut tatacara biasa, iaitu apabila pihaknya menerima aduan, individu yang terbabit akan dipanggil untuk penjelasan, dan dapatan lembaga akan diserahkan kepada MPP untuk keputusan.
“Ini adalah tatacara operasi standard biasa untuk lembaga disiplin,” katanya kepada FMT.
Tan enggan berkongsi butiran pendengaran itu memandangkan ia perkara dalaman parti, cuma berkata ia perkara biasa dalam parti.
Beliau mengulas laporan FMT, yang menurut sumber Hassan dipanggil oleh lembaga tersebut berhubung kenyataan terbuka mengkritik kerajaan, berkait penganugerahan rangkaian 5G kedua negara kepada U Mobile.
Sumber itu memberitahu bekas ketua PKR Johor itu juga dituduh parti kerana menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Hassan sebelum ini memberitahu FMT, Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi restu dan memberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk menulis apa sahaja kecuali jangan mengkritik raja.
Terdahulu, Setiausaha Agung Fuziah Salleh memaklumkan ada aduan daripada ahli MPP terhadap Hassan, tanpa perincian lain mengenai kenyataan Hassan itu.
Hassan dilihat sebagai pengkritik pentadbiran Anwar yang lantang. Terbaharu, beliau menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 menyentuh soalan penahanan di rumah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source