2 bulan dilucut keahlian, Na’im kembali sertai Bersatu, dilantik AJK Pemuda


SHAH ALAM: Dua bulan selepas ditamatkan keahlian, bekas ketua penerangan Pemuda Bersatu Jasin, Na’im Brundage, kembali menyertai parti berkenaan dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) sayap itu.
Bercakap kepada FMT, Na’im berkata keahliannya ditamatkan pada 27 Sept lalu menjelang pemilihan parti di mana beliau menawarkan diri bertanding sebagai AJK.
Menurutnya, beliau diberitahu hukuman itu diambil susulan tindakannya keluar Bersatu pada 2022 untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Pada 27 Dis 2022, Na’im yang memegang jawatan sebagai ketua Pemuda PBM dipecat bersama 12 ahli lain termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Nor Hizwan Ahmad.
“Namun pada 2023 saya kembali sertai Bersatu tetapi menjelang pemilihan lalu dapat notis tindakan disiplin telah diambil kerana keluar parti pada 2022.
“Minggu lepas saya daftar semula dan keahlian telah diluluskan, jadi sekarang kembali menjadi ahli,” kata Na’im ditemui di tepian Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda Bersatu 2024.
Hari ini, Ketua Pemuda Hilman Idham mengumumkan pelantikan Na’im sebagai AJK sayap bersama Ad Adib Shaharuddin, Raihan Husni, Muhammad Afiq Hassan dan Mohammad Shakir Ariff Shaifuddin.
Beliau turut mengumumkan pelantikan Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid sebagai ketua penerangan sayap itu manakala Mohd Fahim Mohd Farid serta Nor Zahid Rahim masing-masing penolong setiausaha dan penolong bendahari.
Sementara itu, Na’im berkata beliau yakin Pemuda Bersatu boleh menyaingi lawan dari Umno yang masing-masing mencari undi orang muda Melayu serta Bumiputera.
“Kita akui Pemuda Umno sebuah organisasi yang matang dah telah lama ditubuhkan berbanding Armada (Pemuda Bersatu).
“Tetapi kita yakin dengan pimpinan Hilman yang berpengalaman dan pernah memegang jawatan timbalan ketua Pemuda PKR,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source