Kerajaan persekutuan Malaysia sedang dalam proses memperkuatkan lagi pertahanan negara dengan membina pangkalan laut baharu di Bintulu, Sarawak bagi melindungi seluruh Malaysia Timur.
Selain melindungi negara tercinta, langkah ini juga diambil susulan ketegangan yang makin panas dengan China di Laut China Selatan.
Pangkalan yang dijangka siap pada tahun 2030 ini akan menjadi benteng kuat untuk Sabah dan Sarawak, terutamanya apabila kapal perang China yang sering melanggar masuk Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia berdekatan dengan pantai Sarawak.
Pangkalan TLDM di Sarawak buat Borneo rasa lebih selamat
Konflik serantau yang semakin panas?
Selain Malaysia, negara jiran kita yang lain turut merasakan tekanan daripada pelanggaran daripada China ini. Bulan Ogos lalu, kapal pengawal pantai Filipna dilanggar sebanyak tiga kali tanpa sebab oleh kapal China.
Tidak cukup dengan itu, kapal China juga telah menceroboh masuk perairan Vietnam dan menyerang bot nelayan yang telah menyebabkan kecederaan terhadap 10 warga negara itu pada 29 September lalu.
Pada awal bulan itu juga, Malaysia juga tidak terkecuali apabila tiga kapal perang China dilaporkan mencerobih ZEE milik negara ini, duduk diam berdekatan dengan pelantar minyak luar pesisir Sarawak.
Selain itu, Asia Maritime Transparency Initiative turut melaporkan sekurang-kurangnya ada satu kapal pengawal pantai China yang masuk dan beroperasi dalam perairan Malaysia setiap hari dari Januari hingga September tahun ini.
Kapal-kapal tersebut akan berlabuh berdekatan dengan Terumbu Luconia, kira-kira 100km dari pantai Sarawak, kawasan dipenuhi dengan projek minyak dan gas (O&G) milik negara.
China dan peta “Sembilan Garisan Putus-Putus”
Baru-baru ini, satu dokumen diplomatik dari China bocor dan dilaporkan Beijing tidak berpuas hati dengan aktiviti Malaysia di kawasan ZEE Malaysia.
Ini susulan negara itu mendakwa kawasan tersebut adalah milik mereka mengikut peta “sembilan garisan putus-putus”, dimana peta itu menuntut banyak kawasan ZEE Malaysia di Sarawak dan Sabah, termasuk Terumbu Luconia namun mereka tidak melakukan sebarang tuntutan kepada perairan Semenanjung Malaysia.
Tidak cukup dengan membuat tuntutan terhadap ZEE Malaysia, China juga mahu menuntut kawasan maritim milik Vietnam, Brunei, Indonesia dan Filipina.
Peranan Pangkalan Laut Bintulu
Dengan pembinaan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sarawak, ia akan menjadi penambahan baharu kepada tiga pangkalan sedia ada di Malaysia Timur iaitu Labuan, Teluk Sepanggar dan Sandakan.
Selain itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) juga telah mengumumkan bakal membina pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di lapangan terbang Bintulu.
Projek ini telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan pada Jun lepas dan kini, MINDEF sedang menyelesaikan pembelian tanah untuk membina pangkalan berkenaan.
Pangkalan di Bintulu ini sangat strategik kerana ia berdekatan Terumbu Luconia dan medan gas Kasawari yang memiliki kira-kira 90.61 bilion meter padu gas asli.
Jika terdapat sebarang pencerobohan dari mana-mana pihak luar, tentera di pangkalan ini boleh memberikan respon sepantas kilat.
Sementara itu, Sarawak juga sudah lama meminta Putrajaya untuk menghantar lebih banyak tenaga ketenteraan di Bintulu kerana bandar itu semakin penting sebagai pusat industri dan sumber semula jadi.
Artikel lain: MINDEF tawar kursus kolej komuniti percuma kepada anak-anak ATM
Pada masa yang sama, Bintulu juga merupakan rumah kepada kompleks gas asli cecair (LNG) Petronas yang memproses gas dari Sarawak.
Untuk pengetahuan, 61% daripada rizab minyak Malaysia terletak di Sarawak berbanding di Semenanjung sebanyak 20% dan Sabah 19% serta 90% kargo LNG Petronas datang atau lalu di Sarawak.
Susulan itu, melindungi kawasan ini bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana Petronas telah menyumbangkan RM1.2 trilion kepada ekonomi Malaysia menerusi aktiviti O&G di Sarawak.
Diplomasi masih pilihan utama!
Namun begitu, orang ramai tak perlu risau kerana kerajaan kita masih pilih jalan damai dan diplomasi. Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN pada 2025 justeru diharap dengan peluang itu, kerajaan akan dapat menyelesaikan perkara ini menerusi rundingan dengan China tentang kod tatakelola di Laut China Selatan – topik yang sudah menjadi perbincangan sejak 2018.
Sumber: Rotikaya
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source