Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.
Menerusi muat naik di facebook, Faridah Mohd Fatah berkongsi mengenai kejadian menyentuh hati apabila kehilangan ahli keluarga. Redha dengan takdir, dia juga berkongsi kronologi situasi arwah.
Tujuan perkongsian itu adalah untuk memberi kesedaran kepada wanita hamil mengenai kepentingan menjaga kesihatan ketika hamil.
Perempuan BMI tinggi dan berusia 30an dan mengandung atau nak mengandung sila baca ini.
Sharing ni saya buat atas rasa tanggungjawab untuk sy beri kesedaran selepas apa yg sudah berlaku pada arwah kak Dewi.
Tanggungjawab sy utk sampaikan supaya ramai celik mata dan atleast mungkin dpt selamatkan nyawa ibu mengandung atau bakal mengandung yg lain. Since kes arwah kakak sy rare dan jarang berlaku.
Untuk yang bertanya kenapa boleh berlaku ?
✅ Arwah kakak sy takde darah tinggi, takde kencing manis yang teruk, takde any issue sepanjang 8 bulan beliau mengandung.
✅ Even checkup pun semua on time di kk & juga hospital utk follow up diabetic (disebabkan pernah ada sejarah diabetic waktu 1st pregancy dulu).
✅ Senang kata memang semua tiada masalah dari segi kesihatan ibu & baby.
Isnin, arwah kakak saya baru je checkup di KK. Dan checkup pun everything okay spt biasa. Dan jumaat malam kakak sy tiba-tiba pengsan & terkena sawan mengandung pada usia kandungan 8 bulan.
Sebelum ambulance sampai, arwah kakak sy sudah tidak bernyawa dan ambulance sampai dpt kembalikan nadi arwah.
Di hospital, arwah kakak sy dalam keadaan masih belum sedarkan diri, di emergency czer utk selamatkan baby dan sampailah di hospital arwah koma 5 hari kemudian meninggal dunia.
Keadaan baby masih kritikal di ICU sehingga sekarang.
Wakil nurse & doktor KK Taman Nirwana yang jaga arwah sepanjang pregnant datang dan tanya tentang kes arwah since mereka kena siasat why this thing happened.
Dr kata based on buku pink arwah sgt bagus dari segi kesihatan dan juga kehadiran appointment. Hanya disebabkan 2 benda saja.
✅ BMI arwah tinggi
✅ Mengandung pada usia 36 tahun.
Dalam masa beberapa minggu berat arwah naik mendadak 4.3kg. Dan disebabkan berat naik mendadak secara tiba-tiba pada Isnin checkup tu, dr nasihatkan arwah untuk jaga makan supaya berat tak naik terlalu banyak.
Just that.
Saya sempat borak dgn arwah seminggu sebelum arwah pergi dan selepas checkup tentang bahaya tak jaga makan, tak jaga kencing manis & darah tinggi boleh bawa maut. Sy ceritakan kisah2 yang Dr sy pernah sampaikan pada sy waktu sy mengandung dulu.
Arwah balas pada saya :
“Yeka eda, kalau kita tak jaga boleh sampai macamtu sekali ? Aku taktau pun. Okay lah aku nak jaga makan mula harini. Aku takut lah da.”
Saya ralat.
Sy ralat sebab sy lambat bagi kesedaran pada arwah. Sy ralat sbb nurse & dr di KK tak tekan kan pada patient apa bahaya nya. Bahaya yang boleh bawa maut pada ibu & anak. Arwah innocently taktahu risiko nya.
Yelah ibu mengandung even sy pun dulu selalu ambil enteng tentang kesihatan diri. But skrg, perkara sudah berlaku depan mata sampai menyebabkan maut pada keluarga sy sendiri.
Sebelum dr & nurse KK balik, saya bagitau dorang untuk lepas kes arwah kakak sy ni berlaku tolonglah tolong tolong tolong maki ke marah ke tegas ke dgn patient yang ada 2 risiko diatas.
Sedarkan mereka, bagitau mereka yang risiko nya boleh bawa maut kepada ibu & anak. Jangan main-main atau pandang enteng.
Jadi ibu mengandung / bakal mengandung sekiranya anda ada 2 risiko ini :
✅ Usia lebih 30 an
✅ BMI tinggi / obes
Tolong, jaga berat badan.
Tak perlu pun ada kencing manis. Tak perlu pun ada darah tinggi atau apa2 sakit kronik pun, just sebab berat badan dan berusia boleh menyebabkan fatal kepada ibu & anak.
Ini bukan kes main-main.
Walau ramai pandang enteng.
Moga kes arwah jadi pengajaran dan mampu selamatkan nyawa2 yang lain. Tolong sharing pada kenalan atau keluarga yang sedang mengandung atau bakal mengandung yg ada 2 risiko diatas.
UPDATE TERKINI:
Mohon semua sedekahkan al-fatihah buat bidadari syurga kami yang syahid melahirkan Sata Dewi Ningsi & doakan semoga baby arwah baby Safwan yang masih di ICU kembali sedar, baik sihat spt sediakala & dipanjangkan usianya. Amin 🤲🏻
Updated :
Baby Safwan dah meninggal 14 hari selepas arwah ummi dia bertarung nyawa lahirkan dia. Kuat semangat baby Safwan nak berusaha hidup, tp Allah lebih sayangkan dia.
Al-Fatihah buat bidadari & wildan syurga kami ❤️
Sata Dewi Ningsi Binti Mohd Fatah
Ryaz Safwan Bin Irawan Rizwan
Sumber: Faridah Mohd Fatah
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source